Wednesday, 15 February 2012

Hari Keempat Di Port Blair

Jika ikut program, pagi ini tiada acara khusus yang disediakan untuk aku. Jadi untuk mengisi masa yang ada, aku sekadar pusing-pusing sekitar bandar dan bersiar-siar di kawasan Marina Park. Malam nanti aku nak hadiri Malam Kebudayaan di Gimnasium Port Blair, rugi kalau tak pergi… 

Waktu bekerja di Port Blair memang sentiasa sibuk, jalanraya akan menjadi sesak tanpa mengira masa.
Sebuah stesen minyak kepunyaan Indian Oil Corporation.
Bas mula melalui kawasan tentera. Kelihatan sebuah helikopter Tentera Laut India.
Ini pula bas tentera yang membawa anak-anak balik dari sekolah. Kat tempat kita ianya dikenali sebagai 'Feri Sekolah'.
 
Ada kedai yang masih belum dibuka.
Tapi bila terjumpa kedai yang dah dibuka, kaum ibu lah yang paling sibuk sekali.
Marina Park adalah kawasan pesiar kaki yang sangat luas. Ianya mengadap laut dengan pemandangan cantik terutama kala terbit matahari.
Ini adalah Tugu Peringatan Pandit Jawaharlal Nehru
 
Ini pula adalah Tugu Peringatan Swamu Vivekananda
 
Aku pulang ke tempat kediaman lebih kurang jam 3 petang untuk makan tengahari dan berehat. 

Jam 7 malam aku dah kawan-kawan dah siap untuk menghadiri malam kebudayaan. 

Ini kes tak sabar, pemandu bas tak ada sebab dia cari tandas. Dia dah bagitau kat semua yang ada dalam bas tu. Malangnya semua yang ada tak sorang  pun yang reti Bahasa Tamil, tu yang dia rasa 'tension'....
Dalam perjalanan menuju ke bandar, bas tersangkut lagi. Aku ingatkan ada rusuhan atau tunjuk perasaan. Rupa-rupanya orang ramai memenuhi jalanraya kerana hendak menyaksikan satu persembahan pentas.
 
Kami tiba agak lewat di Gimnasium Port Blair, dahaga punya pasal kami terus cari air untuk membasah tekak yang kekeringan. Air panas tak ada. Yang ada cuma minuman sejuk aje....
Ini adalah persembahan dari puak orang asli yang terdapat di Andaman. Menarik untuk ditonton.
Ini pula sebahagian daripada sajian yang dihidangkan kepada kami sepanjang program diadakan.
Selesai majlis kami pulang dengan gembira. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati…….

Hadith Pilihan


3 Amalan Yang Berkat

Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" 

Baginda menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."

Demam Lak Pulak....


Hampir dua hari aku tak menjenguk ke laman blog ini kerana demam. Tak tahu apa puncanya tapi mungkin kerana perubahan cuaca antara Kuala Lumpur dan Port Blair agaknya.

Dua hari tu jugaklah aku banyak menyiapkan kerja-kerja pejabat di rumah. Mujur boss aku faham dengan keadaan yang sedang aku alami. Demam ke tak deman, kerja perlu dibereskan. Ada banyak kerja yang tertangguh selepas aku ke luar negara, jadi kenalah aku siapkan dengan segera.

Alhamdulillah, banyak yang dah diselesaikan dan ada yang perlu dibincang dengan teman sekerja sebelum ianya dihantar kepada bos untuk semakan.

Harap-harap aku akan sembuh segera kerana aku kurang selesa dengan keadaan begini.... Insya Allah....

Sunday, 12 February 2012

Sendiri Lagi...

sendiri
kini aku sendiri lagi
entah susah entah hati pedih
tak peduli
sendiri
mungkin lebih baik begini
tak peduli apa kata hati


biarkan
di manapun aku berada
jangan datang atau kirim salam
tanda cinta

ku tutup
mata dan hati untuk cinta
kerana antara dikau dan aku
telah terlarang pada cinta


masih terbayang dalam ingatanku
waktu ku mengambil utusanku
kau pergi dengan wajah penuh duka
kau bisikkan kau tetap menyinta


sendiri
berteman pedih dan air mata
bercumbu dengan duka nestapa
dan merana

mengapa
harus terlambat kita berjumpa
demikian pernah kau ucapkan
dengan derai air mata


dulu segalanya indah bercahaya
kini hambar pucat tiada berwarna
dahulu penuh manja tawa riang
kini bisu membeku dan sedih


lara..........
oh sendiri...........

Itukah Yang Kau Mahu?

semalam kau beriya-iya minta aku jadikan dirimu sebagai sahabat. tetapi selepas aku mengesahkan bahawa kau adalah sebahagian daripada sahabat aku, tetapi hari ini kau menafikan semuanya.

aku tak faham apa yang mahu daripada aku. aku rasa kau hanya mahu mempermainkan hati dan perasaan aku yang selama ini sudah terluka.

bukan aku tak mahu nak ambil positif tentang perkara ini, tetapi aku tahu kau memang sengaja nak menyakiti hati aku.

itukah yang kau mahu? terpulanglah... 

pada aku masih ada lagi pintu yang boleh menerima semula kehadiran kau di sisi aku ini.......