Jika
ikut program, pagi ini tiada acara khusus yang disediakan untuk aku. Jadi untuk
mengisi masa yang ada, aku sekadar pusing-pusing sekitar bandar dan bersiar-siar
di kawasan Marina Park. Malam nanti aku nak hadiri Malam Kebudayaan di
Gimnasium Port Blair, rugi kalau tak pergi…
Waktu
bekerja di Port Blair memang sentiasa sibuk, jalanraya akan menjadi sesak tanpa
mengira masa.
Sebuah
stesen minyak kepunyaan Indian Oil Corporation.
Bas
mula melalui kawasan tentera. Kelihatan sebuah helikopter Tentera Laut India.
Ini
pula bas tentera yang membawa anak-anak balik dari sekolah. Kat tempat kita ianya dikenali sebagai 'Feri Sekolah'.
Ada
kedai yang masih belum dibuka.
Tapi
bila terjumpa kedai yang dah dibuka, kaum ibu lah yang paling sibuk sekali.
Marina
Park adalah kawasan pesiar kaki yang sangat luas. Ianya mengadap laut dengan
pemandangan cantik terutama kala terbit matahari.
Ini
adalah Tugu Peringatan Pandit Jawaharlal Nehru
Ini
pula adalah Tugu Peringatan Swamu Vivekananda
Aku
pulang ke tempat kediaman lebih kurang jam 3 petang untuk makan tengahari dan
berehat.
Jam
7 malam aku dah kawan-kawan dah siap untuk menghadiri malam kebudayaan.
Ini
kes tak sabar, pemandu bas tak ada sebab dia cari tandas. Dia dah bagitau kat semua yang ada dalam bas tu. Malangnya semua yang ada tak sorang pun yang reti Bahasa Tamil, tu yang dia rasa 'tension'....
Dalam
perjalanan menuju ke bandar, bas tersangkut lagi. Aku ingatkan ada rusuhan atau
tunjuk perasaan. Rupa-rupanya orang ramai memenuhi jalanraya kerana hendak
menyaksikan satu persembahan pentas.
Kami
tiba agak lewat di Gimnasium Port Blair, dahaga punya pasal kami terus cari air
untuk membasah tekak yang kekeringan. Air panas tak ada. Yang ada cuma minuman sejuk aje....
Ini
adalah persembahan dari puak orang asli yang terdapat di Andaman. Menarik untuk ditonton.
Ini
pula sebahagian daripada sajian yang dihidangkan kepada kami sepanjang program diadakan.
Selesai
majlis kami pulang dengan gembira. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut
suka hati…….
No comments:
Post a Comment