Wednesday, 15 February 2012

Brighton..2 Millwall..2

Brighton dua kali bangkit dari ketinggalan untuk mengutip satu sama apabila cuma mampu seri 2-2 ketika menentang Millwall di Stadium Amex, awal pagi tadi, dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tahun 2012.

"The Seagull' mengalami kesukaran untuk mengekalkan permainan secara hantaran berpasukan seperti perlawanan terdahulu, tetapi  mujur Sam Vokes, dengan gol pertamanya bersama Brighton dan Kazenga LuaLua yang menjaringkan gol pertamanya musim ini menyelamatkan Brighton dari mengalami kekalahan.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat tiga perubahan pemain yang menewaskan Leeds United pada Sabtu lepas, dengan Craig Mackail-Smith, Lewis Dunk dan Inigo Calderon kembali ke dalam kesebelasan utama.

Mackail-Smith mengambil tempat Will Buckley, yang masih belum sembuh dari kecederaan. Dunk pula mengambil tempat Adam El-Abd - yang cuma disenaraikan sebagai pemain simpanan - manakala Calderon memulakan permainan di posisi pertahanan kanan. Gonzalo Jara Reyes digerakkan ke bahagian tengah dengan Kazenga LuaLua juga diletakkan sebagai pemain simpanan.

Millwall memulakan jaringan pada minit ke-23 menerusi Andrew Keogh tetapi dapat disamakan oleh Sam Vokes pada minit ke-52. Gol pada minit ke-64 oleh Liam Feeney membolehkan Millwall sekali mendahului tetapi gol penyamaan di minit ke-88 oleh Kazenga LuaLua membuktikan bahawa pasukan Brighton bukanlah sebuah pasukan yang mudah berputus asa. 

Sebahagian daripada aksi perlawanan Brighton dan Millwall


Secara keseluruhannya perlawanan ini adalah tidak menarik dan agak menghampakan bagi sejumlah 19,503 orang penonton. Ini kerana penyudah yang kurang baik telah ditunjukkan oleh pemain kedua-dua pasukan. Seramai 2,357 penyokong setia pasukan Millwall juga hadir memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Keputusan seri ini telah memberikan Brighton mata yang ke-49 daripada 31 perlawanan dan menghuni tangga kesembilan liga,  turun satu anak tangga dari minggu lepas. West Ham United (57 mata) kekal sebagai pendahulu liga, diikuti Southampton (56 mata) dan Cardiff City (53 mata).

Perlawanan seterusnya adalah menentang Liverpool di Anfield pada saingan Pusingan Kelima Piala FA England pada hari Ahad, 19 Februari 2012 dan dalam Liga Kejuaraan pula menentang Hull City di Kingston Communications Stadium (KC Stadium), Hull pada hari Rabu, 22 Februari 2012.

SENARAI PEMAIN

Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Gordon Greer, Lewis Dunk, Joe Mattock; Gonzalo Jara Reyes (Torbjorn Agdestein 57), Liam Bridcutt (Kazenga LuaLua 85), Alan Navarro; Ashley Barnes, Sam Vokes, Craig Mackail-Smith (Craig Noone 57). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Adam El-Abd.

Millwall: (4-4-2) David Forde; Jack Smith, Shane Lowry, Alan Dunne, Paul Robinson; Ryan Mason (Josh Wright 63), Liam Feeney, Liam Trotter, Scott Barron; Darius Henderson (Harry Kane 73), Andrew Keogh. Pemain simpanan yang lain: Steve Mildenhall (GK), James Henry, Danny N'Guessan.

No comments:

Post a Comment