Saturday, 14 April 2012

Tambang Zon Murah ETS

Aku rasa sebelum ini pun aku dah promosi tentang perkara ni. Tapi ramai yang masih kurang faham atau kurang jelas dengan zon-zon yang terlibat. Aku rasa penjelasan yang ini dapat membantu kalian di luar sana.

Klik pada iklan di bawah nie.....
 
Kalau tak faham juga, kalian telefon lah sendiri nombor 'toll free' yang ada tercatat kat atas tu.

Wednesday, 11 April 2012

Brighton..0 Reading..1


Dua kekalahan daripada dua perlawanan terakhir, seolah-olah menggambarkan bahawa pasukan Brighton bukanlah sebuah pasukan yang sesuai untuk beraksi dalam Liga Perdana England pada musim akan datang.

Kekalahan 0-1 di tempat sendiri kepada Reading pada hari Selasa, 10 April 2012 yang lalu menceritakan segala-galanya. Dari tindakan penyudah yang melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan gol termasuk kegagalan Ashley Barnes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-51, sehinggalah kepada longlainya barisan pemain tengah untuk mengekang jentera serangan Reading. Cuma apa yang boleh dibanggakan adalah keupayaan pemain pertahanan menutup  kelemahan pemain tengah pada sepanjang perlawanan.

Gus Poyet membuat dua perubahan pemain daripada barisan pemain yang tewas 0-1 di Burnley pada hari Jumaat, minggu sebelumnya, dengan memanggil semula Will Buckley dan Ashley Barnes. Buckley menggantikan Joe Mattock dan bermain di bahagian tengah, manakala Barnes mengambil tempat Sam Vokes untuk berpasangan dengan Craig Mackail-Smith di bahagian serangan; Gonzalo Jjara Reyes - yang bermain sebagai pemain tengah pada perlawanan sebelum ini, diturunkan pula sebagai pemain pertahanan kiri dalam perlawanan ini.

Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-15 menerusi Ian Harte berpunca dari satu tendangan percuma di luar kota penalti Brighton. Bola sepakan Harte terkena benteng pertahanan Brighton dan terus menerjah ke jaring.

Para penyokong Brighton seramai 20,610 turut menyaksikan beberapa percubaan ‘The Seagull’ terkena palang gol atau diselamatkan oleh barisan pertahanan Reading terutamanya penjaga gol, Adam Federici.

Dengan kekalahan ini, Brighton turun ke tangga ketujuh liga dengan mengutip 63 mata daripada 42 perlawanan. Southampton dan Reading pula terus mengesahkan kedudukan mereka untuk bermain dalam EPL pada musim akan datang. Kedua-dua pasukan kini mengumpulkan 82 mata daripada 42 perlawanan. West Ham United di tangga ketiga dengan 76 mata, diikuti Birmingham (70 mata), Blackpool City (67 mata) dan Cardiff City (65 mata). Di belakang Brighton pula adalah Middlesbrough, Leicester City dan Hull City.

Perlawanan berikutnya adalah menentang West Ham United di Upton Park pada hari Sabtu, 14 April 2012.

SENARAI PEMAIN

Brighton: (4-4-2) Peter Brezovan; inigo Calderon, Gordon Greer, Adam El-Abd, Gonzalo Jara Reyes; Alan Navarro, Gary Dicker, Rodrigues Vicente, Will Buckley (Kazenga LuaLua 67); Ashley Barnes (Gai Assulin 82), Craig Mackail-Smith (Sam Vokes 82). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Marcos Painter.

Reading: (4-5-1) Adam Federici; Shaun Cummings, Alex Pearce, Kaspars Gorkss, Ian Harte; Jimmy Kebe, Noel Hunt (Simon Church 79), Hayden Mullins, Tomasz Cywka (Brynjar Gunnarsson 60), Jobi McAnuff; Jason Roberts. Pemain simpanan yang lain: Alex McCarthy (GK), Adam Le Fondre, Benik Afobe.

Jawatan Kosong - Juruwang Sambilan


KTMB (Car Park) Sdn. Bhd., adalah sebuah anak syarikat milik Keretapi Tanah Melayu Berhad, yang mengendalikan medan letak kereta semenjak 1995. Syarikat ini  mempelawa calon-calon yang komited, bermotivasi dan mempunyai kelayakan yang sesuai untuk menyertai syarikat ini sebagai :

JURUWANG SAMBILAN

LOKASI :
1)     MEDAN LETAK KERETA STESEN KERETAPI TANAH MERAH
2)     MEDAN LETAK KERETA STESEN KERETAPI IPOH
 

SYARAT KELAYAKAN 
Ø   Berumur 18 tahun ke atas. 
Ø   Kelulusan PMR atau SPM.
Ø   Warganegara Malaysia.
Ø   Boleh menulis, membaca dan mengira.
Ø   Boleh berkomunikasi dengan baik.
Ø   Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian / tanpa pengawasan.
Ø   Sedia berkhidmat di mana-mana  lokasi di Medan Letak Kereta di rangkaian KTM Berhad.

FAEDAH FAEDAH YANG DITAWARKAN 
Ø   Gaji permulaan sebanyak RM 3.00 / jam.
Ø   Potongan KWSP & SOCSO
Ø   Lantikan ke jawatan tetap sekiranya terdapat kekosongan.
Ø   Peluang peningkatan kerjaya di KTMB (Car Park) Sdn. Bhd

CARA MEMOHON 
a)   Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport.  Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
b)   Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
c)   Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang diakui sah oleh Pegawai Kerajaan serta gambar berukuran pasport semasa temuduga.
d)   Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon.
e)   Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 20hb. April 2012 ke alamat berikut:-

KTMB (CAR PARK) SDN. BHD.,
Tingkat Bawah, Platfom 1, Blok Annexe Selatan,
Bangunan Stesen Keretapi, Jalan Sultan Hishamudin,
50050 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 2273 6419 / 2263 1470