Thursday, 30 November 2023

Brighton & Hove Albion FC


Hello. Apa khabar? Musim bolasepak di Eropah sudah menghampiri ke pertengahan. Begitu juga di England terutamanya Liga Perdana Inggeris (EPL) yang nampaknya semakin sengit. Sungguhpun begitu, prestasi pasukan Brighton & Hove Albion FC kebelakangan ini tidak begitu baik kerana gagal untuk menang dalam beberapa perlawanan terakhir.

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Perlawanan 01. 12 Ogos 2023. Brighton 4-1 Luton Town.
Perlawanan 02. 19 Ogos 2023. Wolverhampton Wanderers 1-4 Brighton.
Perlawanan 03. 16 Ogos 2023. Brighton 1-3 West Ham United.
Perlawanan 04. 02 September 2023. Brighton 3-1 Newcastle United.
Perlawanan 05. 16 September 2023. Manchester United 1-3 Brighton.
Perlawanan 06. 24 September 2023. Brighton 3-1 AFC Bournemouth.
Perlawanan 07. 30 September 2023. Aston Villa 6-1 Brighton.
Perlawanan 08. 08 Oktober 2023. Brighton 2-2 Liverpool.
Perlawanan 09. 21 Oktober 2023. Manchester City 2-1 Brighton.
Perlawanan 10. 29 Oktober 2023. Brighton 1-1 Fulham. .
Perlawanan 11. 04 November 2023. Everton 1-1 Brighton.
Perlawanan 12. 12 November 2023. Brighton 1-1 Sheffield United.
Perlawanan 13. 25 November 2023. Nottingham Forest 2-3 Brighton.

Kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris Musim 2023/24.

Perlawanan seterusnya.
Perlawanan 14. 03 Disember 2023. Chelsea lawan Brighton.

Piala Liga Inggeris (Piala Carabao)
Perlawanan Pusingan Ketiga. 27 September 2023. Chelsea 1-0 Brighton.Terkeluar dari saingan Piala Carabao musim ini.

Liga Eropah
Perlawanan 01 Kumpulan. 21 September 2023. Brighton 2-3 AEK Athens (Greece).
Perlawanan 02 Kumpulan. 05 Oktober 2023. Marseille (Perancis) 2-2 Brighton.
Perlawanan 03 Kumpulan. 26 Oktober 2023. Brighton 2-0 Ajax amsterdam (Belanda).
Perlawanan 04 Kumpulan. 09 November 2023. Ajax Amsterdam (Belanda) 0-2 Brighton.

Kedudukan semasa Liga Eropah Musim 2023/24.

Perlawanan seterusnya
Perlawanan 05 Kumpulan. 30 November 2023. AEK Athens lawan Brighton.

Kita semua mahukan pasukan yang kita sokong untuk menang semua perlawanan. Tetapi adat di dalam sukan bolasepak ini adalah pasukan-pasukan yang bertanding harus menerima keputusan menang, seri atau kalah dalam setiap perlawanan dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Tahukah anda?

Jumpa lagi...

Saturday, 25 November 2023

Keluhan dan Rintihan

Keluhan Dan Rintihan

Sudah lama tak jumpaRindu hati padamuDuhai kasihku duhai sayangkuCintaku hanya padamu
Tiap hari ku kenangTiap malam terbayangDuhai kasihku duhai sayangkuMerintih pagi dan petang
Duhai insanJangan engkau mengeluhDuhai insanJangan engkau merintih
Bukan aku mengeluhDan juga kan merintihTak ada salahnya diriku iniMengenang dirimu sorang....

Monday, 20 November 2023

Kesepian

Kesepian

Doa ku dinda
Semoga kau bahagia
Ku berada di rantau, dinda
Kesepian

Berilah khabar
Untuk menyirami jiwa
Surat mu kan ku sanjung dinda
Sentiasa

Kau ziarahilah
Tempat kita bertemu
Semoga menghilang rindu
Andai kita tak lagi bertemu
Dengar kanlah rayuan ku

Doa ku dinda
Agar bertemu semula
Tercapai segala cita dinda
Selamanya

Sunday, 19 November 2023

Tahukah Anda?

Tahukah anda bahawa suatu masa dahulu terdapat sebuah perhentian atau halt yang bernama PERHENTIAN PULAU KRINA?

Perhentian ini terletak di antara Perhentian Sibar dan Perhentian Tanjung Sekawin dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Stesen berhampiran arah utara adalah Stesen Kuala Lipis manakala stesen berhampiran arah selatan adalah Stesen Kerambit.

Jarak perhentian ini dari Stesen Gemas adalah sejauh 136 batu atau 219.09 kilometer.

Tidak diketahui bila perhentian ini mula beroperasi tetapi ianya ditutup pada 15 September 1920.

Aku Tertipu

Aku Tertipu
 
Alangkah gembiranya
Pabila kau tersenyum
Manis seperti madu
Memikat jiwa kalbu

Alangkah meseranya
Pabila kau tertawa
Manis bibir berkata
Aku jatuh cinta

Apakah janjimu semuanya palsu?
Aku tertipu
Pandai kau berkata, bersumpah setia
Tetapi dusta

Sumpahanku padamu
Tak akan ku kembali
Terseksa ku merindu
Di syurga ku menanti

Sunday, 1 October 2023

Brighton & Hove Albion FC

Perkembangan bolasepak di Brighton & Hove Albion nampaknya sudah mula menjadi perbualan oleh rakyat Malaysia. Daripada sebuah pasukan yang tidak pernah diperkatakan di mana-mana media, kini Brighton & Hove Albion sudah mula dikenali. Aku tidak pasti berapa ramai rakyat Malaysia yang menjadi penyokong kepada kelab kecil ini.

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Perlawanan 01. 12 Ogos 2023. Brighton lawan Luton Town. Menang 4-1.
Perlawanan 02. 19 Ogos 2023. Brighton lawan Wolverhampton Wanderers. Menang 4-1.
Perlawanan 03. 16 Ogos 2023. Brighton lawan West Ham United. Tewas 1-3.
Perlawanan 04. 02 September 2023. Brighton lawan Newcastle United. Menang 3-1.
Perlawanan 05. 16 September 2023. Brighton lawan Manchester United. Menang 3-1.
Perlawanan 06. 24 September 2023. Brighton lawan AFC Bournemouth. Menang 3-1.
Perlawanan 07. 30 September 2023. Brighton lawan Aston Villa. Tewas 1-6.

Perlawanan seterusnya.
Perlawanan 08. 08 Oktober 2023. Brighton lawan Liverpool.

Piala Liga Inggeris (Piala Carabao)
Perlawanan Pusingan Ketiga. 27 September 2023. Brighton lawan Chelsea. Tewas 0-1. Terkeluar dari saingan Piala Carabao musim ini.

Liga Eropah
Perlawanan 01 Kumpulan. 21 September 2023. Brighton lawan AEK Athens (Greece). Tewas 2-3.

Perlawanan seterusnya.
Perlawanan 02 Kumpulan. 05 Oktober 2023. Brighton lawan Marseille (Perancis).

Menang atau seri atau kalah adalah adat dalam permainan bolasepak. Semoga pasukan Brighton & Hove Albion FC akan kekal dalam Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Wednesday, 30 August 2023

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 
Apalah ertinya Merdeka
Jika kita masih di takuk lama
Tak mahu berusaha untuk maju
Tak rela untuk bersusah payah dalam kehidupan
Tak malu untuk meminta-minta
Cukup dengan sekadar apa yang ada
Apa akan jadi pada pewaris kita di masa akan datang
Tatkala orang asing rakus membawa balik kekayaan ke negara mereka
Mana orang Melayu
Mana bangsa Melayu
Mana anak Melayu
atau sekadar yang tinggal
Tak Melayu hilang di dunia

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 66.