Monday, 2 November 2009

Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Perai

Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah adalah sebuah jambatan yang dibina merentasi Sungai Perai. Ia menghubungkan Perai dengan Butterworth.

Jambatan ini dibina dalam tahun 1967 oleh sebuah firma Austria, Waagner Biro Bruckenbau AG.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah, Yang Di Pertuan Agong Ke Empat telah berkenan untuk merasmikan jambatan ini pada 14 September 1967.


Pengoperasian jambatan pusing ini biasanya dikawal oleh seorang 'signalman' dari Kabin Signal Prai. Ia terbahagi kepada lima turutan iaitu:
1. Unlocking
2. Lifting
3. Swinging
4. Lowering
5. Locking

Secara ringkas jambatan perlulah dibuka kunci. Kemudian jambatan akan terangkat. Selepas itu jambatan akan berputar / berpusing. Seterusnya jambatan akan diturunkan semula. Akhir sekali, jambatan kembali dikunci.

Urutan di atas dilakukan secara otomatik apabila jambatan dikawal dari panel kawalan isyarat menggunakan Suis Kawalan Utama. Setiap urutan akan diikuti dengan pancaran lampu sehingga selesai urutan.

Bagi memenuhi kehendak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, satu set lampu navigasi telah dipasang sebagai tanda amaran kepada pengguna sungai tentang situasi semasa jambatan.

Sunday, 1 November 2009

Lintasan Rata Kerja (Sementara)

Di waktu pembinaan landasan untuk Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar, terdapat beberapa lintasan rata yang dibina buat sementara semata - mata bagi memudahkan kerja - kerja memindahkan tanah atau lain - lain bahan yang diperlukan.

Oleh yang demikian, mari kita lihat secara ringkas tatacara yang perlu dipatuhi oleh seseorang pemandu lokomotif apabila menghampiri lintasan ini.

Mula - mula kita akan melihat papantanda 'AWAS LINTASAN RATA KERJA'
Kemudian kita akan menemui papantanda 'WISEL'
Akhir sekali, tentulah keretapi akan melalui lintasan rata kerja sementara yang dikawal oleh penjaga get

Brighton..3 Hartlepool United..3

Brighton memungut satu mata berharga selepas seri 3 - 3 dengan Hartlepool United di Withdean malam tadi.

Russell Slade membuat tiga perubahan dari senarai yang tewas kepada Oldham minggu lepas. Greame Smith menggantikan Kichel Kuipers sebagai penjaga gol, sementara James Tunnicliffe disenaraikan untuk mengambilalih tepat Adam Virgo. Arron Davies juga kembali bermain di bahagian tengah dan Glenn Murray dinamakan sebagai pemain simpanan.

Gary Dicker terjatuh selepas dihalang oleh pemain Hartlepool

Gol - gol Brighton adalah hasil jaringan Liam Dickinson (minit ke-27) dan Nicky Forster (minit ke-39 dan 48) .

Dengan keputusan tersebut, pasukan Brighton kini menghuni tangga ke 20 liga. Seramai 5,693 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan ini di mana 129 orang daripadanya adalah penyokong kelab Hartlepool.

Albion: (4-4-2) Smith; Hoyte, Tunnicliffe, Elphick (Virgo 65), El-Abd; Bennett, Crofts, Dicker, A Davies (Cox 65); Forster, Dickinson. Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), Navarro, Hart, Murray, Thornhill.

Saturday, 31 October 2009

Program Tautan Kasih

Bertempat di Teratak Bait Al - Amin pagi tadi telah berlangsung Majlis Tautan Kasih yang melibatkan anak - anak di Bait Al - Amin, Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, Pejabat Kesihatan Seri Iskandar dan Pasukan Bomba Parit.

Majlis merangkumi sesi beramah mesra antara anak - anak Bait Al - Amin dengan para penuntut SKSI, acara ceramah aedes dan gotong royong membersihkan persekitaran Kampung Tengah serta pertunjukan cara memadam kebakaran oleh anggota Bomba Parit.

Dari awal lagi banner telah digantung
Ketibaan penuntut Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar disambut oleh anak - anak Bait Al - Amin
Ucapan oleh Ayah Lan
Anak - anak berkumpul di dalam dewan
Antara VIP yang hadir
Ucapan oleh wakil Kelab Doktor Muda SKSI
Ucapan oleh wakil Pejabat Kesihatan Seri iskandar
Acara penyampaian cenderahati
Sumbangan untuk anak - anak Bait Al - Amin
Sarapan pagi
Bersedia untuk bergotong royong
Pameran Anti Aedes
Mula bergerak membersihkan persekitaran Kampung Tengah
Kehadiran anggota Bomba memeriahkan lagi acara
Ini dia cap Kelab Doktor Muda
Logo Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar
Membersihkan kawasan belakang Bait Al - Amin
Penerangan oleh En Amir, Ketua Balai Bomba Parit
Tunjukcara pemadamam api oleh anggota Bomba
Abi menunjukan kemahiran memadam api. Cayalah......
Anak - anak kepenatan
Sesi bergambar beramai - ramai
Cenderahati untuk pihak Bomba
Selamat Jalan abang Bomba
Gerai Pejabat Kesihatan.
Masa untuk berpisah
Selamat Jalan dan jumpa lagi
Babai dari warga Bait Al - Amin
Bye abang - abang dan kakak - kakak

Friday, 30 October 2009

Gotong Royong di Bait Al - Amin

Semalam aku berkunjung ke Teratak Bait Al - Amin sekadar untuk bertanya khabar dan mendapatkan perkembangan terkini anak -anak yatim dan miskin.

Alhamdulillah sewaktu aku tiba di teratak itu, ada sekumpulan pemuda sedang bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran Asrama Lelaki dan juga di bahagian bawah bangunan kayu.

Umi pun rasa seronok dengan kehadiran pemuda - pemuda itu. Dia masak menu yang sedap - sedap.
Menyediakan sambal sotong
Ayam goreng
Ikan dan ayam sedia untuk digoreng
Mee goreng
Sambal belacan
Dalam menyediakan kobis masak lemak
Dah siap pun....... kobis masak lemak
Ayam goreng
Ikan goreng
Sambal sotong sedia untuk dimakan Rendang ayam
Anak - anak sedang menikmati makan tengahari