Saturday, 14 November 2009

Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Gemas - Johor Bahru

Akhbar - akhbar tempatan baru - baru ini melaporkan bahawa Kerajaan Malaysia telah menawarkan kontrak kepada negara China bagi melaksanakan pembinaan landasan berkember elektrifikasi antara Gemas ke Johor Bahru.

Kontrak yang dianggarkan bernilai RM7.5b itu adalah untuk menyambungkan landasan yang ada sekarang dengan landasan sepanjang 250 km hingga ke selatan tanahair.

Adalah dipercayai bahawa kerja - kerja pembinaan landasan ini akan dilakukan oleh 'China Railway Engineering' dan ' China Railway Telecommunication Centre'.

Aku tak berapa pasti tentang kesahihan laporan di atas selagi aku belum lihat buktinya. Kita tunggu dan lihat.

.... dan jangan sebut 'sembahyang'

Dan jangan sebut 'sembahyang'

~ Sebab ia terdiri dari dua perkataan 'sembah' dan 'Iyang' / 'Hyiang' yang berasal dari perkataan hindu klasik iaitu sanskrit.

~ Iyang / Hyiang bermaksud samaada 'Tuhan' atau nama satu dari berhala (dewa) orang-orang hindu. Sebab itu ada perkataan 'berIyang-iyang' dan "Sang Iyang'.

~ Kalau Iyang / Hyiang nama dari berhala, maka 'sembahyang' membawa kepada 'sembah Iyang' dan ini pasti SALAH!

~ Kalau Iyang / Hyiang bermaksud 'Tuhan' (God -Eng.), maka 'sembahyang' bermaksud 'sembah Tuhan', dan ini masih salah walau macam tak salah....!??

~ Cuba renungkan perkataan sembahyang zohor, sembahyang asar, sembahyang maghrib...., dan seterusnya ada banyak lagi jenis sembahyang..., akan menjadi:
sembah Tuhan zohor, sembah Tuhan asar, sembah Tuhan maghrib... seterusnya...., sudah tentu lain jadinya....???

~ Mohon kepada Allah dijauhkan dan diampunkan kita dari kesalahan yang disedari dan tidak disedari...

~ Oleh itu gunakan perkataan yang lebih tepat, selamat dan sahih; iaitu 'SOLAT'.. Ianya tidak susah disebut di mulut dan tidak berat di lidah....

Wallaa-hu a LAM

ADVISED for Muslims

ADVISED for Muslims :

1. Don't say "Mosque"
Say always "Masjid"

Because Islam organization has found thats mosque = mosquitoes


2. Don't write " Mecca "
Write always correctly "Makkah"

Because Mecca = house of wines


3. Don't write "Mohd"
Write always completely as "Muhammad"

Because Mohd = the dog with big mouth.

Thursday, 12 November 2009

Musim Banjir Tiba Lagi

Seperti kebiasaan, pada hujung tahun sebegini perubahan iklim akan berlaku. Secara tidak langsung, hujan akan turun mencurah - curah di beberapa buah negeri terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Negeri - negeri lain pun tak terlepas dari mengalami banjir samada banjir kilat ataupun banjir tak kilat yang mengambil masa untuk surut.

Tinjauan aku ke laluan Pantai Timur mendapati troli - troli dan kenderaan dari Jabatan Kejuruteraan Raya sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan sewaktu banjir.
Selain daripada itu beberapa gerabak BFL dan BHW yang mengandungi pasir dan batu juga kelihatan.
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA KTMB KERANA TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI BANJIR.

Piala FA England Pusingan Pertama Ulangan

Setelah seri 4 - 4 dalam perlawanan pertama pada hari Sabtu lepas, pasukan Brighton kini akan menanti kunjungan pasukan Wycombe Wanderers di Stadium Withdean pada 18 Nov 2009 dalam perlawanan ulangan Pusingan Pertama Piala FA England.
Pemenang perlawanan ini kemudian akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Rushden & Diamond dalam perlawanan Pusingan Kedua yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 28 November 2009.
Semoga berjaya dan mampu untuk mengulangi pencapaian tahun 1983 memasuki pertandingan akhir Piala FA di Wembley.

Wednesday, 11 November 2009

Projek Landasan Seremban - Gemas

Pelan cadangan projek landasan berkembar antara Seremban ke Gemas telah dikeluarkan.

Secara peribadi aku kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana tiada perancangan untuk membina stesen atau perhentian di beberapa buah tempat yang kini sedang pesat membangun.

Aku tak mahu lihat apabila projek ini siap kelak, baru nak bina stesen atau perhentian tambahan seperti yang terjadi di Landasan Seremban - Rawang.
Cuba kalian teliti peta lama di bawah ini. Apakah tujuan kerajaan membina stesen atau perhentian dalam jarak yang dekat? Ianya tiada lain hanyalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Sepatutnya diadakan stesen atau perhentian di tempat - tempat lama seperti di dalam peta di atas. Pengangkutan bas tidak dapat menampung kehendak penduduk setempat pada masa ini. Jika kalian berkesempatan, naiklah bas dari Seremban ke Tampin menaiki bas Southern dan kemudian ke Gemas menaiki bas General. Bas akan menjadi penuh sesak di sepanjang perjalanan.

Mengadakan stesen atau perhentian sesudah projek ini selesai akan mengakibatkan penggunaan wang yang lebih dan bakal menyusahkan banyak pihak.

Aku amat berharap agar Kerajaan sekarang dapat membina stesen dan perhentian di sepanjang laluan Seremban - Gemas sewaktu projek ini dilaksanakan. Aku bayangkan akan ada perkhidmatan tren local antara Seremban ke Gemas seperti yang dapat kita lihat di laluan Pantai Timur sekarang ini.

Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban - Gemas

Kepada kalian yang berminat dan ingin mengetahui secara terperinci tentang Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban - Gemas, sila layari http://info.sgedt.com.my/page.php?2 . Pastikan kalian mematuhi setiap peraturan dan kehendak di dalam web info tersebut.