Saturday, 11 February 2012

Lagi Siaran Langsung Piala FA England

Senyum aku sendirian awal - awal pagi ini bila melihat jadual baru perlawanan Pusingan Kelima Piala FA England yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak England.

Sejumlah tujuh perlawanan akan disiarkan secara langsung di Malaysia. Ini termasuklah pertemuan antara Brighton menentang Liverpool di Anfield yang telah dianjak ke hari Ahad 19 Februari 2012.

Berikut adalah jadual baru perlawanan Pusingan kelima Piala FA England:

Sabtu, 18 Februari 2012    
12:30 Chelsea lwn Birmingham City (sepakmula jam 8.30 malam di Malaysia (siaran langsung di ASTRO CH813))

15:00 Everton lwn Blackpool (sepakmula jam 11.00 malam di Malaysia (siaran langsung di ASTRO CH812))
 
15:00 Norwich City lwn Leicester City (sepakmula jam 11.00 malam di Malaysia)
   
15:00 Millwall lwn Bolton Wanderers (sepakmula jam 11.00 malam di Malaysia (siaran langsung di ASTRO CH813))
  
17:15 Sunderland AFC lwn Arsenal (sepakmula jam 1.15 pagi, Ahad 19 Feb di Malaysia Siaran langsung di ASTRO CH813))

Ahad 19 Februari 2012
12:00 Crawley Town lwn Stoke City (sepakmula jam 8.00 malam di Malaysia (siaran langsung di ASTRO CH813))

14:00 Stevenage lwn Tottenham Hotspur (sepakmula jam 10.00 malam di Malaysia (siaran langsung di ASTRO CH813))

16:30 Liverpool lwn Brighton & Hove Albion (sepakmula jam 00.30 tengahmalam, Isnin 20 Feb di Malaysia (siaran langsung di ASTRO CH 813))

ASTRO melalui Saluran STAR SPORTS (CH813) khabarnya juga akan menyiarkan secara langsung undian Pusingan Keenam Piala FA England pada hari Ahad, 19 Februari 2012 mulai jam 11.30 malam.

Aku berharap dan menyeru kepada semua peminat / penyokong kelab - kelab yang telah tersingkir lebih awal dalam saingan Piala FA ini agar sama - sama memberi sokongan kepada pasukan Brighton ketika kelab ini menentang Liverpool nanti.

Terima kasih kepada semua yang menyokong 'The Seagulls'.

Friday, 10 February 2012

Hari Kedua Di Port Blair, India

Aku dan rakan-rakan bangun awal pagi ini kerana mengikuti jadual, kami akan melawat ke Pulau Havelock dengan menaiki bot. Tepat jam 6 pagi, kami sudah pun sampai di tempat untuk berlepas. Bot pun dah sedia menanti. Hanya menunggu masa untuk berangkat. Khabarnya perjalanan dengan menggunakan bot dari Port Blair ke Pulau Havelock mengambil masa lebih kurang dua jam.

Setika selepas bot berlepas dari jeti, kami diberikan sekotak air minuman dan sepiring kuih sebagai pengalas perut. Air mineral juga disediakan.
Walau bagaimanapun tidak lama selepas itu, juragan bot memaklumkan bahawa lawatan terpaksa dibatalkan kerana cuaca buruk. Memang sejak dari semalam lagi, cuaca di Port Blair ini hujan. Awal pagi ini juga aku terasa hujan gerimis turun sewaktu dalam perjalanan dari tempat penginapan menuju ke tempat menunggu bot.
Mahu tak mahu, kami terpaksa pulang semula ke tempat penginapan dengan perasaan hampa. Aku tak kisah apa pun kerana aku ada rancangan lain…

Lebih kurang jam 11 pagi selepas makan tengahari, aku bergerak ke Bandaraya Port Blair. Sebuah bas telah disediakan untuk membawa rombongan kami ke sana. Kelihatan berbagai jenis kenderaan di sini sama seperti yang ada di tempat kita. Tetapi bagi mereka yang ingin cepat sampai ke tempat yang dituju, motosikal roda tiga ini pasti menjadi pilihan. Selain daripada tambangnya yang agak murah, motosikal jenis ini mudah menyelit – nyelit dalam kesesakan.
Keadaan rumah kedai yang agak usang boleh kelihatan dengan banyaknya di sepanjang perjalanan.
Perkhidmatan bas yang terdapat di sini boleh dikira memenuhi permintaan penduduk tempatan kerana dari apa yang aku lihat, semua bas penuh sesak dengan penumpang.
Hampir di semua persimpangan ditempatkan sebuah pondok untuk pengawal lalulintas. Yang menariknya, kaum wanita yang diberi tugas untuk mengawal lalulintas di sini.
Oleh kerana semalam aku tak sempat untuk menukar wang, hari ini aku singgah di sebuah bank yang popular untuk mencari matawang rupee. Untuk pengetahuan kalian, RM1 adalah bersamaan RS 15 jika urusniaga penukaran wang dilakukan di bank. Tetapi jika kalian tukar wang di tempat pengurup wang nilai tukaran akan menjadi RM1 bersamaan RS 12 sahaja.
Sesudah menukar wang, aku berjalan kaki sendiri menjelajah sekitar ibukota yang berdebu dan penuh dengan tahi lembu ini. Berhampiran dengan kompleks sukan (Stadium Netaji Subhash), kelihatan sebuah tugu yang terletak di tengah-tengah jalan. Tugu ini adalah Tugu Peringatan Dr Shyama Prasad Mukherjee, seorang tokoh politik India.
Kemudian aku terjumpa dengan perkampungan orang Islam dengan sebuah masjid yang indah. Hampir keseluruhan masjid ini berwarna putih termasuk kubahnya sekali.
Selain penggunaan lori atau van, basikal roda tiga ini juga digunakan untuk mengangkut barang-barang. Lihatlah betapa seronoknya tiga pemuda ini membawa pelbagai jenis barangan bersama basikal roda tiga yang kini sudah jarang kelihatan di negara kita.
Ini pula sebuah lagi tugu peringatan yang sebetulnya aku lupa nak catatkan untuk apa ianya didirikan. Tugu ini berupa seakan sebuah menara tinggi yang pada tiap dindingnya diletakkan sebuah jam besar yang masih berfungsi. Tugu ini terletak di bulatan jalanraya berhampiran dengan pusat belibelah Bazar Aberdeen. Bercakap pasal Bazar Abeerdeen ini, kalau kalian nak beli barang, elok tengok-tengok sama harga di kedai yang lain. Jika kalian fasih berbahasa Hindi atau Tamil, kalian boleh membeli apa saja barangan dengan harga yang murah…. dapat potongan diskaun lagi! 
Berhadapan dengan Bank Pusat India, tidak jauh dari Stesen Bas Port Blair kelihatan sebuah lagi tugu peringatan iaitu Tugu Peringatan Mathma Gandhi. Tugu ini juga terletak di kawasan bulatan jalanraya di tengah-tengah Port Blair.
Di sebelah malamnya, aku sekadar pusing-pusing melihat betapa sibuknya gerai-gerai yang dihiasi dengan lampu dikunjungi oleh ramai orang. Ada juga yang menjual bunga – bunga hiasan di kaki lima sepanjang lorong atau jalan kecil terutama jalan menuju ke kuil Hindu atau Sikh.
Kedai – kedai akan terus dibuka sehingga jam 10 malam (bersamaan jam 12.30 tengahmalam waktu di Malaysia).
Setelah penat makan angin, kami pun bergerak pulang ke tempat penginapan. Dalam perjalanan sementara sampai di rumah, aku lihat ramai yang sempat melelapkan mata… penat agaknya masa merayau – rayau di sekitar Port Blair tadi.....
Akan aku sambung lagi catatan di Port Blair ini kemudian... Tunggu......

Lagu Dalam Kenangan

Ha... rindukan lagu-lagu nyanyian Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang?

Hari ini aku kongsikan bersama kalian lagi lima buah lagu koleksi beliau...

Rafeah Buang - Pilu
Rafeah Buang - Rahsia Hatiku
Rafeah Buang - Rindu Bayangan
Rafeah Buang - Ringgit
Rafeah Buang - Sejalan Keretapi

Aku harap kalian semua akan terhibur...

Undian Pusingan Kelima Piala FA England

Brighton & Hove Albion telah diundi untuk bertandang ke Anfield untuk menentang Liverpool dalam perlawanan Pusingan Kelima Piala FA England. Perlawanan ini telah dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 18 Februari 2012.

Jika kalian masih ingat, Brighton juga telah diundi untuk bertemu Liverpool dalam Pusingan Ketiga Piala Carling musim ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Amex pada 21 September 2011, berkesudahan dengan Liverpool menang 2 - 1.

Perlawanan ini juga telah mengingatkan aku akan pertemuan pasukan yang sama pada tahun 1983 (di Anfield), 1984 (di Goldstone Ground) dan tahun 1991, bila Brighton dibawah kendalian Barry Lloyd seri 2 - 2 di Anfield, sebelum tewas 2 - 3 selepas masa tambahan di Goldstone Ground dalam perlawanan ulangan.

Aku berharap agar pihak ASTRO dapat menyiarkan perlawanan ini secara langsung di Malaysia.

Undian Pusingan Kelima Piala FA England:

Chelsea lwn Birmingham City
Crawley Town lwn Stoke City
Everton lwn Blackpool
Liverpool lwn Brighton & Hove Albion
Millwall lwn Bolton Wanderers
Norwich City lwn Leicester City
Stevenage Borough lwn Tottenham Hotspur
Sunderland lwn Arsenal

Hari Pertama Di Port Blair, India

Kerana tugas dan tanggungjawab, aku sekali lagi ke luar negara. Kali ini destinasi yang aku tuju adalah Kepulauan Andaman dengan ibukotanya Port Blair. Wilayah Andaman dan Nicobar adalah salah sebuah wilayah di bawah pemerintahan negara India. Terletak di Lautan Andaman. Bersempadan dengan Myanmar di utara, Negara Thai di timur dan Indonesia di bahagian selatan.
 
Tepat jam 9 pagi waktu di Andaman (jam 11.30 pagi waktu Malaysia), aku tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Veer Savarkan, Port Blair. Kehadiran aku dan kawan-kawan disambut dengan hujan renyai dan awan mendung.
Aku dikhabarkan tempat penginapan kami tidak jauh dari lapangan terbang. Menaiki bas menuju ke tempat penginapan bukan sesuatu yang asing bagi aku kerana dah selalu begitu bila aku ada trip baik dalam negara atau di luar negara. Tetapi di sini lain sikit. Oleh kerana jalan rayanya agak sempit dan berlaku-liku, pemandu bas akan membunyikan hon bas dengan kerap. Telinga kami jadi bingit dan berdengung tiap kali bas melalui selekoh atau melalui tempat sempit.
 
Pemandangan di kiri kanan jalan raya tidak jauh berbeza dengan apa yang ada di Malaysia. Hutan yang menghijau serta bukti bukau menjadi tarikan. Sesekali bas akan melalui kawasan penempatan yang padat.
Papan iklan di salah sebuah persimpangan jalan menuju ke rumah penginapan.
Jalan raya agak sesak sewaktu ketibaan kami. Aku dimaklumkan bahawa keadaan sesak begini bermula dari pagi sehingga waktu petang, selepas kakitangan kerajaan pulang dari bekerja.
Banyak kedai di kawasan pusat bandar yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang agak mahal. Hampir semua barang keperluan di sini dibawa masuk dari tanah besar India.
Banyak sekolah dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraannya.
Lebih kurang 20 minit dari lapangan terbang, rombongan tiba di tempat kediaman yang disediakan. Rumah ini terletak di atas bukit di pinggir Bandaraya Port Blair. Cuacanya nyaman dan kelihatan banyak pokok-pokok merimbun di persekitaran rumah itu.
Di ruang tamu rumah tersebut, kelihatan satu arca yang menunjukkan sekumpulan orang asli yang mendiami di kepulauan ini.
Oleh kerana penat kerana perjalanan yang jauh, tanpa disedari aku terlena di atas katil kayu yang disediakan.

Selamat Pengantin Baru Buat Su & Zul

Aku mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat adik Su dan suaminya, Zul moga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat kalian berdua.

Brighton..1 Newcastle United..0

Demi sebuah kelab bolasepak yang aku sokong sejak dahulu, aku sanggup bersengkang mata sehingga jam 4 pagi semata-mata mahu menyaksikan pasukan Brighton beraksi dalam Pusingan Keempat Piala FA England menentang Newcastle United.

Perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi ASTRO ini telah menarik perhatian ramai peminat bolasepak di negara ini dengan rata-rata menyatakan pasukan Newcastle akan menang dengan mudah.

Tetapi Brighton bukan pasukan sembarangan lebih-lebih lagi tatkala bermain di gelanggang sendiri dengan sokongan dan sorakan daripada sejumlah 21,558 orang penonton.
Pengurus pasukan Gus Poyet hanya membuat satu perubahan dari kesebelasan utama yang menang ke atas Peterborough United pada perlawanan Sabtu lepas, dengan Adam El-Abd kembali dalam tersenarai.

Pemain kelahiran Brighton itu mengisi tempat sebagai pemain pertahanan kiri daripada Marcos Painter yang mengalami kecederaan pada awal permainan di London Road.

Nasib menyebelahi pasukan 'The Seagull' apabila bola sepakan Will Buckley terkena kepada pemain pertahanan Newcastle, Mike Williamson dan menerjah jaring melepasi kawalan penjaga gol, Tim Krul pada minit ke-67.

Jadi kita tunggu pula undian Pusingan Kelima untuk mengetahui dengan pasukan mana Brighton akan tentang dalam kempen Piala FA England musim ini.

Perlawanan seterusnya adalah pada hari Selasa, 31 Januari 2012 menentang Crystal Palace di Selhurst Park dalam Liga Kejuaraan nPower 2011/12.


SENARAI PEMAIN
 

Albion: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Gordon Greer, Lewis Dunk, Adam El-Abd; Liam Bridcutt, Matthew Sparrow (Alan Navarro 46), Jake Forster-Caskey (Ryan Harley 65); Will Buckley, Craig Mackail-Smith (Will Hoskins 90+1), Ashley Barnes. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Romain Vincelot, Torbjorn Agdestein, Grant Hall. 

Newcastle United: (4-4-2) Tim Krul; Danny Simpson, Mike Williamson, James Perch, Davide Santon (Shane Ferguson 83); Hatem Ben Arfa (Ryan Taylor 83), Yohan Cabaye, Danny Guthrie (Dan Gosling 83), Jonas Gutierrez; Leon Best, Shola Ameobi. Pemain simpanan yang lain: Rob Elliot (GK), Peter Lovenkrands, Gabriel Obertan, Tamas Kadar.