Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan berikut:-
JURUTEKNIK FASILITI
Syarat Kelayakan
- Mempunyai Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik atau mana-mana institusi yang setaraf.
- Berusia 19 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Pengalaman kerja yang berkaitan dengan kejuruteraan awam adalah kelebihan.
- Mempunyai penglihatan yang baik dan tidak buta warna.
Kriteria Pemilihan
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
- Sedia bertukar ke mana- mana lokasi di rangkaian KTMB.
- Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.
Spesifikasi Tugas
- Mengawasi kerja-kerja
pembaikian kerosakan bangunan serta pembersihan kawasan perumahan KTMB
adalah mengikut kualiti kerja yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.
-
Mengawasi serta memastikan bahawa pekerja –pekerja, barang - barang
serta peralatan untuk penyelengaraan tugas harian adalah mencukupi dan
sempurna.
- Membuat lawatan kerja berjadual ke kawasan serta
bangunan dibawah penyeliannya seperti yang telah diprogramkan pada awal
tahun
- Menjadual kerja seharian kakitangan bawahannya serta
memeriksa tuntutan lembur mereka adalah betul dan tepat dan berada pada
tahap yang minima.
- Menyediakan dan membuat anggaran bagi kerja - kerja kontrak serta proses memanggil tawaran kerja.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menyatakan pengalaman, butir-butir
peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping
gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x
9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak
lewat pada 30 Jun 2014 ke alamat berikut:-
Unit Perancangan Kakitangan
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM BerhadJalan Sultan Hishamuddin50621 Kuala Lumpur.