Monday, 13 April 2015

Status Terkini Gangguan Perkhidmatan Tren Di Sektor Lembah Klang


Kepada kalian yang selalu menggunakan perkhidmatan keretapi sama KTM Komuter, ETS atau Antarabandar, aku sekadar ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf sistem semboyan dan komunikasi masih lagi diteruskan antara Stesen Simpang Batu dan Stesen Simpang Pelabuhan Klang.

Kerja-kerja naiktaraf dilakukan bagi melancarkan perjalanan tren dari keempat-empat laluan selepas ini. Empat laluan yang aku maksudkan adalah laluan ke utara, selatan, arah Batu Caves dan arah Pelabuhan Klang.

Laluan Simpang Batu - Simpang Pelabuhan Klang - Simpang Batu dijangka akan menerima trafik yang lebih banyak apabila komuter digerakkan ke Gemas dan ETS dilarikan antara KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral.

Kesabaran kalian sewaktu menggunakan semua perkhidmatan KTMB adalah dihargai.  

Kejatuhan Brighton & Hove Albion

Apa sudah jadi kepada pasukan Brighton & Hove Albion sekarang?
Itulah persoalan yang bermain di benak fikiran selepas melihat pasukan kesayangan ku ini semakin hari semakin menurun prestasinya.

Sebelum Gus Poyet dipecat, Brighton hampir melangkah ke Liga Perdana Inggeris tetapi tewas di peringkat 'play-off' kepada musuh tradisi, Crystal Palace. Tetapi sejak itu pengurus pasukan telah bertukar sebanyak tiga kali dengan pengganti Poyet adalah Oscar Garcia, kemudian Sami Hyypia dan kini Chris Hughton.

Gus Poyet
Simon Garcia
Sami Hyypia
Chris Hughton
Kini Brighton menduduki tangga ke-19 Liga Kejuaraan dengan berbaki 4 perlawanan. Brighton perlu mengutip seberapa banyak mata bagi mengelak jatuh ke League 1 pada musim akan datang.

Ramai pemain baru (sama baru dibeli atau dipinjam dari kelab-kelab lain) dibawa masuk bagi menguatkan kesebelasan utama Brighton tetapi hasilnya amat mendukacitakan.

Apapun aku berharap agar prestasi Brighton & Hove Albion pada musim akan datang jauh lebih baik daripada musim ini.

Jumpa Kembali

Banyak perkara yang telah berlaku sewaktu aku menyepi dari menulis blog ini. Bukan aku sudah tidak mahu menulis, tetapi aku mahu melihat sejauh mana aku boleh bertahan tanpa menemui kalian... ternyata aku gagal kerana aku tidak dapat berkongsi cerita yang telah aku lalui sedangkan kalian meneruskan penghidupan kalian seperti biasa.

Aku lebih banyak menulis di Facebook lantaran ada ramai kawan di sana, tetapi menulis di sini adalah lebih baik kerana isi kandungannya mudah untuk dicari semula.

Pernah seorang kawan bertanya, apakah perbezaan antara blog dengan FB? Pada aku kedua-duanya tidak punya berbezaan kerana kedua-duanya berfungsi untuk menyebarkan maklumat....

Tepuk daya tanya hati......

Tuesday, 7 April 2015

Jawatan Kosong Di KTMB - Pembantu Trafik

Kepada yang masih mencari pekerjaan, KTMB mempelawa rakyat Malaysia untuk memohon jawatan sebagai:


Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2015.

Senarai Stesen Dan Perhentian Keretapi Sabah



Senarai Stesen Dan Perhentian Keretapi Sabah
(Senarai pada 1April 2015 Jam 0900)
                                                                                                              

KM
A. Laluan Docks ke Beaufort
Catatan
1.

Docks
Telah ditutup
2.

Tanjung Lipat
Telah ditutup
3.

Jesselton (kemudian di kenali sebagai Kota Kinabalu)
Telah ditutup
4.

Pht Karamunsing
Telah ditutup
5.

Pht R.C. Mission
Telah ditutup
6.

Pht Victoria Barrack
Telah ditutup
7.

Stesen Sekretariat (juga dikenali sebagai Stesen Sembulan)

8.

Terminal Muatan Tanjung Aru
Telah ditutup dan dirobohkan
9.
5.8
Tanjung Aru

10.

Pht Batu 6
Telah ditutup
11.
11.9
Putatan

12.

Maruntum
Telah ditutup
13.

Pht Batu 10/5
Telah ditutup      
14.

Pht Lok Kawi
Telah ditutup           
15.

Pht Batu 11½
Telah ditutup           
16.

Pht Batu 12/2
Telah ditutup           
17.
20.3
Kinarut (Km20.300)

18.

Pht Batu 14/3
Telah ditutup           
19.

Pht Batu 15 – 16¼
Telah ditutup           
20.

Pht Limauan
Telah ditutup           
21.
27.25
Kawang (Km27.250)

22.

Pht Pottery (Batu 20)
Telah ditutup           
23.

Pht Pengalat
Telah ditutup           
24.

Pht Pengalat Besar
Telah ditutup           
25.

Pht Batu 22½
Telah ditutup           
26.
38.5
Papar (Km38.500)

27.

Pht Andus (Batu 27)
Telah ditutup           
28.

Pht Benoni (Batu 28)
Telah ditutup           
29.
52.8
Kimanis (Km52.800)

30.

Pht Mandahan
Telah ditutup           
31.
62.25
Bongawan (Km62.250)

32.

Pht Sungei Damit
Telah ditutup           
33.

Pht Bandau
Telah ditutup           
34.
72.25
Membakut (Km72.250)

35.

Pht Mawao (Batu 46)
Telah ditutup           
36.

Pht Batu 48/7
Telah ditutup           
37.

Lumat
Telah ditutup           
38.

Pht Klias
Telah ditutup           
39.

Pht Klias Baru
Telah ditutup           
40.

Pht Woodford
Telah ditutup           
41.
90.5
Beaufort

42.

Yard Beaufort







B. Laluan Beaufort ke Melalap

1.

Beaufort

2.

Pht Beaufort Establishment
Telah ditutup           
3.
91/4
Pht Jimpangah (Juga dikenali Pht St John)

4.
93/9
Pht Log Point (Juga dikenali Pht Jimpangah Quarters)

5.
94/8
Pht Deuntzer (Batu 58 juga dikenali Pht Kuburan Cina)

6.
97/5
Pht Montenior (Batu 60)

7.

Pht Grand Parade

8.

Pht Bantayam

9.
98/9
Pht Batu 61

10.
100/1
Pht Batu 62

11.
101/1
Pht Batu 63 (Sebuah perhentian yang dibina oleh penduduk sendiri)

12.
103/6
Pht Batu 64

13.
104/6
Pht Batu 64.5

14.
105/7
Saliwangan Baru

15.
106/8
Pht Saliwangan Baru (Batu 66 Baru)

16.
107/3
Pht Batu 66 Lama

17.
108/1
Pht Batu 67 (Parang Besar)

18.
109/9
Pht Batu 68 (Kipogo)

19.
111/0
Halogilat

20.
112/4
Pht Batu 70

21.
119/0
Rayoh

22.
121/3
Pht Batu 75 Baru

23.
127/9
Pht Kg Kalandus

24.
122/2
Pht Batu 75 Lama


126/9
Pht Batu 78

25.
131/3
Pangi (dahulu Bangie)

26.
131/3
Pht Angin Lalang

27.

Pht Pangi Seberang
Telah ditutup
28.
134/7
Pht Masilau

29.

Pht Kampung Rayoh
Telah ditutup
30.
138/2
Pht Kampung Tenom Lama

31.
139/5
Tenom (Laluan ke Melalap telah ditutup pada tahun 1970)

32.

Pht Uloi
Telah ditutup
33.

Pht Nonoyan
Telah ditutup
34.

Simpangan
Telah ditutup
35.

Pht Tuan
Telah ditutup
36.

Pht Lagut
Telah ditutup
37.

Pht Pidulan
Telah ditutup
38.

Melalap
Telah ditutup






C. Laluan Beaufort ke Weston (Laluan ini telah ditutup pada tahun 1963)





1.

Beaufort

2.

Pht Beaufort South
Telah ditutup
3.

Pht Padas Valley
Telah ditutup
4.

Pht Api-Api
Telah ditutup
5.

Lumadan
Telah ditutup
6.

Bukau
Telah ditutup
7.

Pht Tunah Valley (juga dikenali Kampung Maraba)
Telah ditutup
8.

Pht Annuman
Telah ditutup
9.

Lingkungan
Telah ditutup
10.

Weston
Telah ditutup