Sunday 13 September 2009

Sisian MSM Tampoi

Di dalam memberi dan menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan, KTMB telah membina beberapa sisian (siding) yang digunakan untuk memuat atau menurunkan barang - barang.

Selalunya sisian dibina berhampiran dengan landasan utama kecuali beberapa sisian yang terletak jauh dari landasan utama contohnya Sisian Petronas Fertilizer (Kedah) di Gurun dan juga Sisian Perak Hanjoong Cement di Padang Rengas.
Sisian Tampoi - MSM dari udara.
Pada kali ini, aku ingin membawa kalian meninjau ke Sisian Syarikat Malayan Sugar Manufactures Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Tampoi - MSM. Ianya amat istimewa kerana terletak berhampiran dengan rumah keluarga aku di Johor Bahru tu.

KM 750.5 arah ke Johor Bahru
Sisian perantaraan ini siap dibina sepenuhnya dan mula beroperasi mulai 29 januari 2003. Landasan utama sisian ini bercawang dari jalan ibu sebelah kanan mengikut arah turun di KM 750.75 di antara Stesen Kempas Baru dan Stesen Johor Bahru.

Poin untuk masuk ke Sisian Tampoi - MSMTerdapat Line No. 1, Line No. 2, Sisian Buntu Utara dan Sisian Buntu Selatan di dalam kawasan sisian ini. Di bawah ini adalah gambar Sisian Buntu Sebelah Selatan.

Ini pula pintu masuk ke Sisian Tampoi - MSM. Pintu ini akan dibuka apabila ada pergerakan tren yang masuk ke sisian ini. Di sini juga boleh kita lihat platform bekas Perhentian Tampoi. Perhentian ini digunakan sewaktu perkhidmatan relbus beroperasi di sektor Kulai - Singapura - Kulai. Setelah perkhidmatan relbus ditamatkan, perhentian ini tidak terurus dan terbiar.

Platform Perhentian Tampoi

No comments:

Post a Comment