Thursday, 3 March 2011

Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Jabatan ETS.

FOOD & BEVERAGE CREW
(Kakitangan Kantin Dalam ETS)

Kelayakan

- Lulus Bahasa Malaysia dan Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

- Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh iklan ditutup


- Mempunyai tahap kesihatan yang baik


- Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang F&B dan menginap di Ipoh


Spesifikasi Tugas

- Bertanggungjawab memastikan stok/ bekalan makanan adalah mencukupi setiap kali perjalanan tren dan merekod maklumat stok/bekalan mengikut format yang ditetapkan.

- Merancang dan mengawal aktiviti operasi F&B bertujuan mendapat jualan yang tinggi, hubungan pelanggan yang baik di samping memastikan kebersihan sentiasa terjaga.


- Melaporkan hasil kutipan harian dan bekalan makanan kepada pegawai bertugas pada setiap waktu akhir bekerja.


- Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia dari masa ke semasa.


Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman dan kelulusan berserta dengan salinan sijil yang berkaitan dan gambar terkini berukuran passport .

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum 19 Mac 2011 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pembangunan Sumber Manusia
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22631312/22631368

No comments:

Post a Comment