Thursday, 18 August 2011

Cardiff City..1 Brighton..3

Brighton mencatat kemenangan ketiga daripada tiga perlawanan liga apabila mengalahkan pasukan Cardiff City 3 - 1 di Stadium Cardiff City, sebentar tadi.

Brighton mendahului 1 - 0 pada akhir babak pertama. Gol jaringan Ashley Barnes pada minit ke 39. Dua gol lagi dijaringkan pada semaruh masa kedua oleh sepakan penalti Ashley Barnes pada minit ke 62 dan Will Hoskin pada minit ke 87. Cardiff mendapat got tunggal dalam minit ke 90 menerusi sepakan penalti Peter Whitttingham.

Seramai 23,013 orang penonton telah membanjiri Stadium Cardiff City untuk menyaksikan perlawanan yang sengit ini, yang juga kemenangan Brighton yang pertama di negara Wales sejak tahun 1984.

Dengan keputusan ini, Brighton kekal di tangga kedua liga di belakang pasukan Southampton yang juga memungut 9 mata hasil daripada tiga perlawanan.

Perlawanan liga seterusnya adalah pada hari Sabtu, 20 Ogos 2011 menentang Blackpool City di laman sendiri (Stadium Komuniti American Express, Brighton).

Aku berharap agar persembahan cemerlang ini akan kekal dan berterusan sehingga ke akhir musim. Aku tak mengharap pasukan Brighton untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan kerana saingan dalam liga itu adalah terlalu tinggi. Kekal beraksi dalam Liga Kejuaraan adalah satu bonus kepada pasukan Brighton.
TEAMS

Cardiff City: (4-3-3) Marshall; McNaughton, Hudson, Gerrard, Taylor; Whittingham, Cowie, Conway; Mason, Earnshaw (Gestede 67), Miller. Pemain simpanan yang lain: Heaton (GK), Quinn, Blake, Keinan.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter; Sparrow (Navarro 67), Bridcutt, Dicker, Vincelot (Hoskins 77); Mackail-Smith, Barnes. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Noone, Cook.

No comments:

Post a Comment