Thursday, 18 August 2011

Tahukah Anda?

Kelab Liga Championship England Cardiff City mengeluarkan jersi terbaru mereka untuk musim depan dengan perkataan 'Malaysia' tertampang di dada. Ini adalah salah satu kempen bertujuan untuk mengenengahkan Malaysia di mata dunia.

Cardiff City ataupun nama gelarannya 'Bluebirds' adalah kelab milik penuh 2 usahawan dari Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee yang juga bapa kepada pemain skuad Piala Presiden Kelantan, Nicholas Chan.

Kedua-dua tokoh korporat ini membeli kelab ini pada 27 Mei 2010 hanya beberapa hari sebelum Cardiff tewas dalam perlawanan play-off ke Liga Perdana Inggeris.

Menurut pegawai Eksekutif kelab itu, Gethin Jenkins, hubungan baik antara Cardiff City dan Malaysia adalah punca utama perkataan 'Malaysia' dipilih untuk berada di dada jersi utama meskipun beberapa penaja lain berhasrat untuk menjadi penaja utama mereka tahun ini.

Jenkins juga menambah, Malaysia sememangnya sebuah negara yang unik di mana mereka amat mencintai sukan bolasepak dan mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Untuk memastikan pembangunan bolasepak di Malaysia, Cardiff juga telah membuka sebuah akademi bolasepak yang diberi nama '1Malaysia Grassroot Academy' di Kuala Lumpur.

Perkembangan ini tentunya diharap akan dapat memberikan kesan positif kepada perkembangan sukan bolasepak dari peringkat akar umbi di Malaysia. Usaha yang dijalankan seharusnya mendapat pujian dan sokongan dari semua pihak.

No comments:

Post a Comment