Keluarga aku turut sama merasai bahang musim buah-buahan ini. Sungguhpun terdapat banyak jenis buah yang agak menjadi, bonda mengambil keputusan untuk tidak menjualnya. Bonda kata, buah - buahan untuk untuk anak cucu merasa.
Sungguhpun begitu, satu majlis tahlil dan doa kesyukuran sempena musim buah - buahan ini telah bonda adakan. Petang itu bonda dengan dibantu oleh ahli keluarga yang lain menyediakan pulut, santan kelapa dan lain - lain benda yang perlu untuk menjayakan majlis.
Abah sekeluarga sedang membelah durian
Setelah dibelah, isi durian yang elok akan diasing untuk dijamu sebentar nanti. Isi yang kurang elok dikumpul untuk dijadikan tempoyak
tetamu yang hadir dapat menikmati durian, rambutan, manggis dan langsat. Semuanya hasil daripada pokok yang ditanam oleh arwah bapa
Jika kaum lelaki memenuhi ruang serambi rumah, kaum ibu pula memenuhi bahagian tengah dan dapur rumah bersama anak - anak kecil
Syukurlah dengan rezeki yang diberi oleh Allah Taala. Moga tahun hadapan mendapat rezeki yang lebih melimpah ruah, bukan tamak tetapi seronok kalau rezeki yang ada lebih itu dikongsi dengan lebih ramai orang. Insyallah.
No comments:
Post a Comment