Stesen Keretapi Tanjung Aru terletak kira-kira 10 minit dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Dari hotel penginapan, aku menaiki bas transit ke perhentian bas yang dikenali sebagai Terminal Wawasan. Tambangnya cuma 50 sen aje. Dari Terminal Wawasan ke Tanjung Aru, aku menaiki van (yang dipanggil bas) dengan kadar tambang RM1.50 bagi perjalanan sehala.
Stesen Keretapi Tanjung Aru terletak berhadapan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Jalan masuk menuju ke stesen keretapi
Keretapi tiba di Beaufort pada jam 1530H. Pada ketika itu, ramai penumpang sedang menanti ketibaan tren terakhir menuju ke Halogilat. Sementara menunggu keretapi berlepas balik ke Tanjung Aru pada jam 1700H, aku menghabiskan masa melawat sekitar kawasan stesen dan depoh bersama En. Ahmad, Penyelia Depot Beaufort. Perihal semasa lawatan itu akan aku ceritakan kemudian....
Salam tuan, saya nak tanya
ReplyDeleteDaripada stesen kereta api Beaufort, jauh tak jarak ke Kampung Kabajang? Apa pengangkutan yg ada?
Kalau boleh, tolong berikan printscreen jarak dlm map daripada stesen kereta api Beaufort ke kampung kabajang tu.. terima kasih
ReplyDelete:)