Wednesday, 10 August 2011

Brighton Menang Lagi

Pusingan pertama pertandingan bolasepak Piala Carling telah berlangsung di beberapa stadium seluruh England. Walaupun khabarnya berlaku sedikit kekacauan, tetapi semangat peminat – peminat bolasepak langsung tidak menghalang mereka daripada memenuhi stadium.

Di Stadium Amex (American Express) sebentar tadi, baru saja tamat perlawanan di antara pasukan Brighton menentang Gillingham. Keputusannya pasukan Brighton menang dengan jaringan 1 – 0. Gol tunggal oleh Ashley barnes menerusi sepakan penalti pada minit ke 67 setelah Will Buckley dijatuhkan oleh seorang pemain pertahanan Gillingham dalam kotak penalti.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton akan melangkah ke pusingan kedua yang dijadualkan pada 22 Ogos 2011 dan lawannya akan ditentukan selepas undian dilakukan lewat petang ini di London.

Seramai 16,295 orang penonton telah membanjiri Stadium Amex memberikan sokongan kepada pasukan pilihan masing – masing.

Perlawanan seterusnya buat Brighton adalah menentang pasukan Portsmouth di Stadium Dockland, Portsmouth pada hari Sabtu 13 Ogos 2011.

TEAMS

Albion: (4-5-1) Ankergren; Calderon, Dunk, Greer, Painter; Noone, Vincelot, Dicker, Bridcutt, Buckley; Barnes. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Navarro, Sparrow, Agdestein, Taricco, Cook, Bergkamp.

Gillingham: (4-5-1) Flitney; Fuller (Fish 80), Frampton, Lawrence, Martin; Whelpdale, Montrose, Lee (Weston 58), J Payne, Spiller (S Payne 71); Kedwell. Pemain simpanan yang lain: Gazzaniga (GK), King, Richards, Rance.

No comments:

Post a Comment