Terbaru, Brighton dikalahkan oleh pasukan Ipswich Town 3 – 1 di Portman Road, malam tadi.
Pengurus pasukan Gus Poyet membuat empat pertukaran pemain dari barisan yang tewas 3 – 1 kepada Crystal Palace dalam perlawanan pada hari Selasa, termasuk memberi peluang kepada Vicente Rodriguez untuk membuat penampilan pertama bersama Brighton.
Penyerang dari Sepanyol itu mengambil tempat Craig Noone di bahagian kiri, sementara Alan Navarro mengambil tempat Ryan Harley.
Inigo Calderon yang diketepikan pada perlawanan pertengahan minggu, kembali mengambil tempat Mauricio Taricco di bahagian pertahanan kanan dan Romain Vincelot mengisi bahagian tengah pertahanan mengambil tempat Lewis Dunk yang digantung perlawanan.
Tiada gol yang dihasilkan pada separuh masa pertama. Brighton mula menyerang apabila babak kedua bermula dan akhirnya mendapatkan gol pada minit ke-54 menerusi Vicente Rodriguez. Ipswich menyamakan kedudukan lima minit kemudian menerusi Michael Chopra. Ibrahima Sonka menjadikan kedudukan 2 – 1 buat Ipswich pada minit ke-69 sebelum Chopra sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-73 untuk memberikan kemenangan 3 – 1 kepada Ipswich.
Dengan kekalahan ini yang menarik perhatian 19,793 orang peminat termasuk 1,568 orang penyokong pasukan Brighton, ‘The Seagulls’ kekal di tangga kelima liga dengan Southampton terus menerajui takhta liga.
Perlawanan seterusnya adalah pada 15 Oktober 2011 menentang pasukan Hull City di laman sendiri.
Ipswich Town: (4-4-2) Stockdale; Edwards, Collins, Sonko, Cresswell; Bullard, Andrews, Bowyer (Emmanuel-Thomas 79), Leadbitter; Scotland, Chopra (Wabara 89). Pemain simpanan yang lain: Lee-Barrett (GK), Delaney, Ellington.
Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Vincelot, Painter; Bridcutt, Navarro (Harley 74), Dicker (Hoskins 81), Vicente (Noone 74); Mackail-Smith, Barnes. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Cook.
No comments:
Post a Comment