Sunday, 16 October 2011

Jawatan Kosong - FOOD & BEVERAGE CREW

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Jabatan ETS.

FOOD & BEVERAGE CREW (PERKHIDMATAN ETS)

Kelayakan
- Lulus Bahasa Malaysia dan Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh iklan ditutup
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik
- Bersedia untuk bertugas di atas tren

Spesifikasi Tugas
- Bertanggungjawab memastikan stok/ bekalan makanan adalah mencukupi setiap kali perjalanan tren dan merekod maklumat stok/bekalan mengikut format yang ditetapkan.

- Merancang dan mengawal aktiviti operasi F&B bertujuan mendapat jualan yang tinggi, hubungan pelanggan yang baik di samping memastikan kebersihan sentiasa terjaga.

- Melaporkan hasil kutipan harian dan bekalan makanan kepada pegawai bertugas pada setiap waktu akhir bekerja.

- Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia dari masa kesemasa.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman dan kelulusan beserta dengan salinan sijil yang berkaitan dan gambar terkini berukuran passport . Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum 22 Oktober 2011 ke alamat seperti berikut:

Pengurus Besar
Unit Perancangan Kakitangan
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Koporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631312/ 22631368

No comments:

Post a Comment