Tuesday, 22 November 2011

Penempatan Stesen Sementara Laluan Ipoh - Padang Besar

Sesuai dengan perlaksanaan dan kemajuan Projek Landasan Berkembar Ipoh - Padang Besar, beberapa buah stesen dialihkan ke tempat yang berhampiran dengan lokasi stesen sedia ada.

Aku sekadar ingin mengingatkan pada diri aku sendiri dan kepada kalian yang gemar untuk melihat stesen - stesen yang ada sewaktu menaiki tren - tren penumpang terutamanya yang beroperasi di waktu siang.

Seingat aku, antara stesen sementara yang telah diwujudkan adalah Stesen Butterworth, Stesen Chemor, Stesen Tasek Gelugor dan Stesen Tunjang.

Sementara itu beberapa buah stesen baru juga sedang dalam pembinaan antaranya Stesen Kobah dan Stesen Kodiang.

Beberapa yad dan kawasan stok batu balas juga kelihatan terutamanya di sepanjang landasan antara Bukit Mertajam dan Padang Besar.

Aku tumpang gembira dengan perkembangan ini kerana bila landasan berkembar ini siap sepenuhnya, banyaklah pergerakan tren penumpang dan tren barang di laluan ini. Dengan adanya tren penumpang / perkhidmatan komuter yang kerap di laluan ini, diharap agar para pengguna dapat mengambil kesempatan sepenuhnya menaiki keretapi untuk ke destinasi masing - masing. Secara tak langsung, pencemaran alam dapat dikurangkan dan jalanraya tidak menjadi sesak.

Semoga pembinaan landasan ini dapat berjalan dengan lancar dan siap pada masa yang telah ditetapkan. Lagi awal siap, lagi bagus.........

1 comment:

  1. lepas ni bolehlah balik tasek gelugor naik tren ja..takyah penat2 drive..

    ReplyDelete