Bermula 5 Disember 2011 jam 0001H (12.01 tengah malam), berakhir sudah tugas penjaga get apabila lLintasan Rata Tampin ditutup sepenuhnya sesuai dengan perlaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban - Gemas.
Lintasan rata ini banyak menyimpan sejarah pahit manis sepanjang ianya berkhidmat samada kepada penduduk setempat, pengguna jalanraya apatah lagi kepada perkhidmatan keretapi.
Aku masih ingat, apabila ada tren barang yang perlu dilansir (shunting), maka lintasan rata ini perlu ditutup untuk satu jangka masa yang lama. Maka terpaksalah kenderaan motor menunggu sehingga terpaksa berbaris panjang menunggu sudahnya gerabak - gerabak dilansir.
Pernah juga lintasan rata ini menerima pengunjung yang tak diundang iaitu satu jajaran tren barang yang penyambungnya terlucut dari lokomotif menyebabkan tren tersebut menggelonsor sewaktu menaiki bukit.
Terima kasih kepada Lintasan Rata Tampin kerana memberi khidmatnya yang tidak berbelah bagi kepada semua pengguna jalanraya.
No comments:
Post a Comment