Setelah bertarung selama 120 minit, akhirnya Brighton mara ke Pusingan Keempat Piala FA England selepas menewaskan pasukan bukan liga, Wrexham 5 - 4 menerusi sepakan penalti. Pada 90 minit perlawanan yang berlangsung di Racecourse Ground itu, kedua - dua pasukan seri 1 - 1. Pada tambahan masa 30 minit, kedua - dua pasukan masih buntu untuk mendapatkan gol.
Sungguhpun begitu, Wrexham yang terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Andrew Morrell pada minit ke-23. Ashley Barnes menyamakan kedudukan 1 - 1 buat Brighton pada minit ke-76.
Wrexham yang diundi untuk memulakan sepakan penalti tersentak apabila sepakan penalti pertama oleh Dean Keates ditampan oleh penjaga gol Brighton, Peter Brezovan.
Ini memberi kelebihan kepada Brighton apabila menyempurnakan semua sepakan penalti yang dimulakan oleh Ashely Barnes, Matthew Sparrow, Liam Bridcutt, Inigo Calderon dan Craig Mackail-Smith. Manakala sepakan penalti untuk Wrexham pula disempurnakan oleh Joe Clarke, Johnny Hunt, Neil Ashton dan Glenn Littles.
Pengurus Brighton, Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap kesebelasan utama yang menewaskan Bristol City pada hari Sabtu lepas.
Craig Mackail-Smith yang pulih dari kecederaan mata bergandingan dengan Will Hoskins - yang menggantikan Ashley Barnes - dan Will Buckley di bahagian serangan.
Di bahagian tengah, Jake Forster-Caskey yang tercedera digantikan dengan Alan Navarro, sementara Grant Hall bergandingan dengan Lewis Dunk di bahagian pertahanan; Adam El-Abd yang mengalami kecederaan belakang, tidak ikut serta ke Wrexham.
Penonton pada hari ini sekitar 8,316 orang dapat menyaksikan satu pertemuan yang menarik dengan pasukan Wrexham seharusnya diberikan kredit atas persembahan yang cemerlang. Namun begitu kegagalan Dean Keates menyempurnakan sepakan penalti telah memberikan Brighton kemenangan dan seteruskan tempat di Pusingan Keempat Piala FA England menentang Newcastle United di Stadium Amex pada 28 Januari 2012.
Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah perlawanan Liga Kejuaraan menentang Peterborugh United di London Road pada hari Sabtu, 21 Januari 2012.
KESEBELASAN UTAMA
Wrexham: (4-4-2) Joslain Mayebi (GK); Curtis Obeng, Mark Creighton, Nathaniel Knight-Percival, Neil Ashton; Adrian Cieslewicz, Jay Harris, Joe Clarke, Jamie Tolley (Dean Keates 100); Danny Wright (Glen Little 58), Andrew Morrell (Johnny Hunt 104). Pemain simpanan yang lain: Chris Maxwell (GK), Clowes Clowes, Obi Anorou.
Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Grant Hall, Lewis Dunk, Romain Vincelot; Liam Bridcutt, Alan Navarro (Ashley Barnes 65), Matthew Sparrow; Will Hoskins (Torbjorn Agdestein 65), Craig Mackail-Smith, Will Buckley. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Ben Sampayo, Ryan Harley, Anton Rodgers, Yaser Kasim.
No comments:
Post a Comment