Brighton mencatat kemenangan 2 - 0 ke atas Bristol City dalam perlawanan Liga Kejuaraan yang berlangsung di Stadium Amex malam tadi.
Gol jaringan Inigo Calderon pada minit ke-37 dan Will Buckley pada minit ke-73 sudah cukup untuk memberikan satu lagi kemenangan kepada Brighton untuk meneruskan saingan liga.
Pengurus Brighton Gus Poyet membuat empat pertukaran dari barisan yang seri 1 - 1 ketika menentang Wrexham dalam Pusingan Ketiga Piala FA England pada Sabtu lepas, dengan Lewis Dunk kembali disenaraikan dalama kesebelasan utama.
Pemain tengah itu kembali beraksi selepas menjalani penggantungan dua perlawanan; beliau memulakan permainan bersama Adam El-Abd di bahagian pertahanan. Sementara Romain Vincelot beraksi di bahagian pertahanan kiri mengambil tempat Ben Sampayo.
Perlawanan yang menarik ini disaksikan oleh 20,398 orang peminat bolasepak dengan 2,152 daripadanya adalah penyokong setia pasukan Bristol City.
Dengan kemenangan ini, Brighton kekal di tangga keduabelas liga mengutip 38 mata daripada 26 perlawanan. Southampton dan West Han United masih di depan dengan 50 mata, diikuti Cardiff City (46 mata), Middlesbrough (45 mata), Reading dan Hull City (42 mata), Birmingham City dan Derby County (40 mata) serta Blackpool City, Burnley dan Leeds United (39 mata).
Perlawanan seterusnya adalah pada hari Selasa 17 Januari 2012 di Racecourse Ground menentang Wrexham dalam perlawanan ulangan Pusingan Ketiga Piala FA England. Ini diikuti dengan perlawanan liga pada hari Sabtu 21 Januari 2012 juga di tempat lawan iaitu di London Road menentang Peterborugh United.
KESEBELASAN UTAMA
Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan, Inigo Calderon (Capt), Lewis Dunk, Adam El-Abd, Romain Vincelot; Liam Bridcutt, Matthew Sparrow, Jake Forster-Caskey (Alan Navarro 28); Will Buckley, Ashley Barnes, Craig Mackail-Smith (Will Hoskins 24). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Rodriguez Vicente, Grant Hall.
Bristol City: (4-4-2) David James; Richard Foster, Lewin Nyatanga, Louis Carey, Ryan McGivern; Marvin Elliot (Kalifa Cisse 70), Neil Kilkenny (Brett Pitman 77), Cole Skuse, Martyn Woolford (Yannick Bolasie 61); Chris Wood, Nicky Maynard. Pemain simpanan yang lain: Dean Gerken (GK), James Wilson.
No comments:
Post a Comment