Tuesday, 3 January 2012

Brighton..3 Southampton..0

Brighton membuat permulaan yang baik dalam tahun 2012 apabila dua jaringan Matt Sparrow dan satu lagi daripada Jake Forster-Caskey membantu Brighton menang 3 - 0 ke atas pendahulu Liga Kejuaraan, Southampton di Stadium Amex malam tadi.

Dengan ketiadaan sepuluh pemain utama akibat kecederaan atau penggantungan, pengurus Brighton Gus Poyet terpaksa menurunkan pemain belia dan melihat barisan pemain mudanya menyinar di separuh masa kedua untuk mengutip tiga mata penuh.

Brighton mendahului 1 - 0 pada minit ke-66 menerusi Forster-Caskey, diikuti oleh dua jaringan Matt Sparrow di minit ke-77 dan minit ke-85.

Gus Poyet membuat enam perubahan terhadap pasukan yang tewas 0 - 2 di Coventry pada Sabtu lepas dengan Jake Forster-Caskey membuat penampilan pertama bersama pasukan utama Brighton dan Peter Brezovan mengambil tugas menjaga gawang.

Forster-Casker yang membuat tiga penampilan sebagai pemain simpanan sebelum ini turun buat kali pertama dalam kesebelasan utama mengambil tempat Ryan Harley. Liam Bridcutt, Kazenga LuaLua dan Will Buckley juga tersenarai dalam kesebelasan utama mengambil tempat Alan Navarro (digantung perlawanan), Craig Noone (cedera) dan Billy Paynter.

Steve Cook yang dipinjam oleh Bournemouth turut dipanggil balik untuk menguatkan barisan utama mengambil tempat Lewis Dunk, yang direhatkan juga kerana digantung perlawanan, sementara Brezovan membuat penampilan pertama dalam liga sejak April 2011; Casper Ankergren diletakkan sebagai penjaga gol simpanan.

Dalam pada itu, Vicente Rodriguez disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Seramai 20,773 orang penonton telah membanjiri Stadium Amex dengan 2,422 daripadanya adalah penyokong pasukan Southampton.

Dengan kemenangan ini, Brighton naik satu anak tangga ke tempat ke-13 Liga Kejuaraan dengan mengutip 35 mata daripada 25 perlawanan.

Aksi seterusnya pasukan Brighton adalah menentang Wrexham pada 7 Januari 2012 di Stadium Amex. Perlawanan ini adalah salah satu perlawanan Pusingan Ketiga Piala FA England. Manakala perlawanan liga seterusnya adalah pada 14 Januari 2012 menentang Bristol City, juga di Stadium Amex

KESEBELASAN UTAMA

Brighton: (4-3-3) Brezovan; Cook, El-Abd, Greer, Taricco (Hall 53); Bridcutt, Forster-Caskey, Sparrow; Buckley, Mackail-Smith, LuaLua (Harley 84). Pemain simpanan yang lain: Ankergren (GK), Paynter, Rodriguez.

Southampton: (4-4-2) Davis; Richardson, Martin, Hooiveld, Harding (Fox 40); Lallana (Reeves 73), Connolly, Cork, Hammond; Do Prado (Forte 60), Lambert. Pemain simpanan yang lain: Bialkowski (GK), Holmes.

No comments:

Post a Comment