Aku
dan rakan-rakan semacam teruja untuk pergi ke Pulau Havelock. Selepas sholat
Subuh jam 4.30 pagi, kami bersiap sambil membawa apa yang perlu seperti kamera,
bateri kamera yang sudah dicas, topi untuk berlindung, pakaian mandi dan sarapan
pagi berupa roti canai serta dhal dan sambal tumis.
Tepat
jam 5.30 pagi, kami diarahkan untuk menaiki bas kerana perjalanan hari ini akan
menggunakan bot khas dari Pelabuhan Hoddo. Jarak dari tempat penginapan ke
pelabuhan tidak jauh sangat, lebih kurang 8 km. Tetapi kerana kesesakan
jalanraya di awal pagi, perjalanan mengambil masa hampir setengah jam.
Cuaca
amat bersahabat dengan kami. Aku rasa tak macam berada di negara orang. Setiba
di pelabuhan, kami terus ditunjukkan dengan bot yang akan membawa kami ke Pulau
Havelock.
Pemandangan
di sekitar kawasan pelabuhan. Banyak kapal-kapal jenis lama yang kelihatan masih
beroperasi.
Akhirnya
setelah semua urusan dokumentasi selesai, bot bergerak meninggalkan Hoddo lebih
kurang jam 7 pagi.
Dalam
pelayaran, aku ternampak sebuah kapal Coast Guard India sedang membuat rondaan,
siap dengan helikopter lagi.
Dua
jam belayar… aku dan teman-teman sampai di Pulau Havelock.
Ini
adalah bot peronda pantai kepunyaan Unit Polis Andaman dan Nicobar.
Kedatangan
kami disambut oleh kakitangan kerajaan yang bertugas pada masa itu dengan
jaminan keselamatan yang tinggi.
Ini
pula tempat untuk membeli tiket bot/feri. Penumpang boleh menunggu di sini
sementara menanti ketibaan bot yang mereka kena naik.
Inilah
bas yang akan membawa kami menuju ke Pantai Radha Nagar.
Pemandangan
tidak banyak berbeza dengan Bandaraya Port Blair. Motosikal roda tiga, kedai
runcit, sawah padi dan semak samun masih menjadi pemandangan utama sepanjang
perjalanan menuju ke pantai.
Tapi
AWAS! Jalan raya di kawasan ini berlaku-liku dan mempunyai sekolah yang amat
tajam. Dah lah jalannya sempit, bila terjumpa dengan mana-mana selekoh pemandu
bas akan membunyikan hon bagi mengelakkan bertembung dengan kenderaan lain yang
datang dari arah hadapan.
Dua
puluh minit dalam bas, kami pun tiba di Pantai Radha Nacar. Ramai penduduk
tempatan dan pelancong asing yang kelihatan di sepanjang pantai.
Nak
tunggang gajah? Cuma 20 Rupee sahaja atau RM1.20 aje….
Boleh
digunakan oleh sesiapa saja di waktu kecemasan
Maklumat
tentang haiwan yang boleh ditemui di dalam hutan kawasan pantai
Tempat
menyalin pakaian untuk lelaki
Lihatlah
keindahan pantai ciptaan Ilahi ini. Pasirnya halus dan pantainya agak lebar.
Kehadiran hutan simpan menyerikan lagi suasana
Banyak
aktiviti yang dilakukan oleh para pengunjung pantai ini
Kalau
tak tahan panas, boleh gunakan lorong pejalan kaki dalam hutan
Ini
gambar apa pulak? Oh… ini gambar anak ketam sedang berlari-lari mencari lubang
untuk menyelamatkan diri
Satu
lagi keajaiban yang terdapat di pantai ini.
La..
buat apa tu?
Sewaktu
air laut surut, kelihatan banyak hidupan kecil yang terperangkap di celah-celah
batu
Tulis
nama atas batu….
Tahukah
kalian hutan ini dijaga dengan begitu rapi sekali? Langsung tak jumpa sampah!
Ini
pula tahi gajah
Ini
pula bukti menunjukkan bahawa hutan ini dijaga dengan baik. Jika ada kawasan
yang agak lapang, akan ditanam dengan sejenis pokok.
Antara
pokok yang besar dalam hutan ini
Puas
mengambil gambar dalam hutan, kami keluar semula berjalan ke arah pantai. Air
laut dah mula nak pasang….
Rupabentuk
salah sebuah chalet untuk kegunaan ramai
Bagi
warga tua yang ingin mencari rezeki, inilah tempatnya. Ada yang menjual pinang
dan ada juga yang menjual buah-buahan. Aku diberitahu bahawa para pelancong
asing menyukai buah belimbing besi yang dimakan bersama serbuk cili dan garam.
Untuk
menghilangkan dahaga, aku mendapatkan sebiji buah kelapa dengan harga 20 Rupee.
Pelancong
asing memang ramai di sini kerana mereka inginkan ketenangan, jauh dari hiruk
pikuk seperti di kota
Sebagai
ole-ole untuk keluarga dan saudara mara di tanah air, aku belikan untuk mereka
beberapa cenderahati. Ada banyak benda yang boleh dipilih. Cuma sediakan wang
yang cukup.
Keadaan
persekitaran akan berdebu bila cuaca kering dan akan bertukar menjadi becak
bila hari hujan
Pakcik
ini adalah seorang pengusaha teh sarbat (teh halia).
Restoran
seperti ini digemari oleh pelancong asing.
Bas
yang membawa kami akhirnya bersedia untuk membawa kami balik semula ke
pelabuhan.
Setiba
di pelabuhan, aku dah mula rasa lapar. Banyak kedai makan yang kami masuk, tapi
rasa tak berapa selesa bila tempat tu menyediakan makanan tidak halal.
Jalan
punya jalan, aku ternampak benda ni… teringat aku akan pemandangan yang serupa
di stesen-stesen keretapi zaman dahulu
Kemudian
aku terjumpa pula dengan sebuah Pejabat Pos. Apalagi aku pun beli beberapa
keping poskad dan aku kirimkan ke Malaysia.
Aku
tak pasti ini apa. Nak kata hotel, bukan. Nak kata kuarters, pun bukan….
Bas-bas
yang disediakan oleh pemerintah untuk memberi perkhidmatan di pulau ini.
Kami
bernasib baik selepas berjalan-jalan sekitar pelabuhan, kami terjumpa dengan
sekumpulan Mubaligh Islam. Mereka telah membawa aku dan kawan-kawan ke sebuah
kedai makan yang menyediakan makanan yang halal.
Dengan
harga 100 Rupee, kami boleh makan seberapa banyak yang kami suka. Hidangan asal
hanyalah nasi, dhal, kari, ubi kentang, terung, acar mentah, sup, manisan, susu
dan dua keping chapatti. Sepiring ikan goring yang sederhana besarnya, juga
berharga 100 Rupee.
Sama
seperti masa aku ke Pulau Palawan, Filipina dulu. Telur ayam di sini juga
berwarna putih. Pelik kan.
Lepas
makan, aku pusing-pusing sekitar pelabuhan. Inilah yang dapat aku lihat…
Ini
basikal roda tiga, tapi ‘driver’nya di hadapan.
Selepas
bot yang akan membawa aku balik ke Port Blair tiba, barulah rombongan kami dibenarkan
untuk masuk ke jeti. Dari tepi jeti, air laut sangat jernih hingga boleh
menampakkan hidupan laut yang ada di dalamnya.
Feri
Catamaran ini mempunyai kelajuan yang lebih tinggi. Untuk sampai di Port Blair,
masa yang diambil cuma 90 minit sahaja.
Sebuah
pulau kecil di pintu keluar pelabuhan.
Sebuah
pulau kecil di pintu keluar pelabuhan.
La…
dah lelap
Aku
dan rombongan tiba di tempat penginapan sekitar jam 7.00 malam. Selepas
membersihkan diri, kami berehat sambil menikmati ‘supper’ berupa kebab ayam dan
jus limau.
No comments:
Post a Comment