Satu lagi gol lewat permainan
dan satu lagi mata yang dapat dipungut oleh brighton pada perlawanan awal pagi
ini (Rabu, 7 Mac 2012) setelah hanya mampu seri 2-2 ketika menentang pasukan Cardiff City di Stadium Amex.
Pemain antarabangsa Wales, Sam
Vokes melukakan hati teman senegaranya apabila menyumbat gol penyamaan lewat
perlawanan buat Brighton.
Dengan perlawanan cuma tinggal
seminit dan Brighton sedang ketinggalan 1-2, Vokes yang masuk sebagai pemain
gantian telah menjaringkan gol yang dicari dari sudut sukar untuk memastikan
Brighton mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga sejak awal tahun 2012 ini.
Pengurus pasukan Gus Poyet
membuat satu perubahan terhadap kesebelasan utama yang seri 1-1 di Doncaster
Rovers pada hari Sabtu lepas, dengan menurunkan Gai Assulin mengambil tempat
Will Buckley, yang cuma disenaraikan sebagai pemain simpanan.
Separuh masa pertama walaupun
berkesudahan seri 0-0 tetapi begitu mendebarkan kira-kira 18,786 orang peminat
bolasepak yang memenuhi Stadium Amex. Kedua-dua pasukan saling mengasak ke
pintu gol lawan masing-masing, tetapi sekali lagi penyudah yang kurang tajam
menyebabkan tiada gol yang terhasil.
Akhirnya pada minit ke-57,
Cardiff City mendapatkan jaringan pertama menerusi Joe Mason. Brighton terus
melancarkan serangan ke arah gol Cardiff City dah mendapat gol penyamaan
menerusi Ashley Barnes pada minit ke-72. Kegembiraan Brighton tidak kekal lama
apabila selang dua minit selepas itu Cardiff CIty kembali mendahului, kali ini
menerusi satu sepakan voli yang cantik dari Peter Whittingham. Pada ketika
perlawanan dilihat akan berakhir dengan kemenangan buat Cardiff City, Sam Vokes
telah memperdayakan penjaga gol Cardiff City, David Marshall dengan satu
rembatan deras dalam kotak penalti pada minit ke-89.
Satu mata yang diperolehi
malam ini tidak begitu memadai buat Brighton yang masih mengejar tempat untuk
bermain dalam 'play-off' pada penghujung musim. Cuma dua mata dari dua
perlawanan terakhir sememangnya merugikan pasukan Brighton yang kini berkongsi
tangga keenam Liga Kejuaraan nPower dengan Birmingham City yang masing-masing
mengutip 55 mata daripada 35 perlawanan. Southampton masih di depan dengan
mengutip 66 mata diikuti West Ham United (65 mata), Reading (63 mata), Middlesbrough
(59 mata) dan Blackpool City (56 mata).
Perlawanan seterusnya adalah
pada hari Sabtu, 10 Mac 2012 menentang Portsmouth di Stadium Amex dan akan
bertandang ke Stadium Bloomfield Road untuk bertemu dengan Blackpool City pada
hari Sabtu, 17 Mac 2012.
SENARAI PEMAIN
BRIGHTON: (4-4-3) Peter
Brezovan; Gonzalo Jara Reyes, Gordon Greer, Adam El-Abd, Joe Mattock; Liam
Bridcutt, Alan Navarro, Abdul Razak (Will Buckley 60); Gai Assulin (Craig Noone
60), Craig Mackail-Smith (Sam Vokes 60), Ashley Barnes. Pemain simpanan yang
lain: Casper Ankergren (GK), Inigo Calderon.
CARDIFF CITY: (4-4-2) David
Marshall; Kevin McNaughton, Mark Hudson, Ben Turner, Andrew Taylor; Don Cowie,
Peter Whittingham, Aron Gunnarsson (Filip Kiss 80), Liam Lawrence; Joe Mason,
Kenny Miller. Pemain simpanan yang lain: Tom Heaton (GK), Darcy Blake, Haris
Vuckic, Craig Conway.
No comments:
Post a Comment