Alhamdulillah...Rezeki dari Allah buat anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Baru-baru ini Ayah Lan menerima panggilan telefon dari Syarikat Unilever untuk menerima sumbangan berbentuk "Tea Lipton 3 In 1" dan juga serbuk pencuci pakaian.




Untuk mengambil
produk tersebut di Syarikat Unilever di Batu Caves, Selangor pihak pengurusan telah meminta bantuan Rafidi dan
Azwan untuk menguruskannya..

Subhanallah... punyalah banyak produk yang
dibawa balik. Alhamdulillah... memandangkan jumlah sumbangan yang diterima agak banyak, Ayah Lan dan Abi telah memanjangkan rezeki yang lebih ini kepada rumah-rumah kebajikan yang
berhampiran...


Syukur rezeki dari Allah dapat kami kongsi bersama...
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment