Brighton & Hove Albion secara rasminya
mengucapkan selamat tinggal kepada persaingan 'play-off' ke Liga Perdana
Inggeris apabila sekadar seri 2-2 ketika menentang Watford di Stadium Amex,
malam tadi (Selasa, 17 April 2012). Dengan persaingan yang ditunjukkan oleh
lain-lain kelab untuk merebut empat tempat ke 'play-off' semakin sengit, Brighton
pula hanya mampu mengutip satu mata dalam empat perlawanan terakhir.
Gus Poyet membuat lima perubahan terhadap
barisan yang tewas 0-6 di West ham United pada hari Sabtu lepas, termasuk
memberi penampilan pertama buat penjaga gol David Gonzalez.
Penjaga gol dari Colombia yang dibeli pada bulan
Januari lepas diberi peluang untuk beraksi buat kali pertama dan terus
mengetepikan Peter Brezovan, yang langsung tidak tersenarai pada hari semalam.
Will Buckley kembali mengisi tempat di
bahagian serangan menentang bekas kelab lamanya dan berpasangan dengan Kazenga
LuaLua. Buckley mengambil tempat Gai Assulin manakala LuaLua mengambil tempat
Vicente Rodriguez.
Lewis Dunk mengambil tempat Gordon Greer yang
direhatkan di bahagian pertahanan sementara Craig Mackail-Smith tersenarai
bersama Ashley Barnes; Alan Navarro pula terkeluar.
Watford mendahului Brighton 2-0 pada separuh
masa pertama melalui jaringan Sean Murray pada minit ke-6 dan jaringan penalti
oleh Troy Deeney pada minit ke-44. Brighton bangkit pada separuh masa kedua
dengan menjaringkan gol melalui ketua pasukan, Inigo Calderon di minit ke-55
dan gol penyamaan oleh Will Buckley pada minit ke-79.
Inilah mata pertama yang dapat dipungut
setelah mengharungi tiga perlawanan terdahulu dengan mengalami kekalahan dan
persembahan pada hari ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan persembahan
sewaktu tewas 0-6 di West Ham United.
Sunggupun begitu, keputusan seri ini telah
mengecewakan sejumlah 19,189 peminat bolasepak yang membanjiri Stadium Amex
kerana rata-rata mereka yang hadir ingin menyaksikan Brighton mencatat
kemenangan dan mengutip tiga mata penuh.
Keputusan seri ini meletakkan Brighton
sekadar di tangga kesembilan liga dengan mengutip 64 mata daripada 44
perlawanan. Reading telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Liga Perdana
Inggeris pada musim akan datang. Satu lagi tempat akan ditentukan samada oleh Southampton
ataupun West Ham United. Satu lagi tempat akan ditentukan menerusi 'play-off'
samada Southampton atau West Ham United, Birmingham City, Blackpool City dan Cardiff
City.
Perlawanan seterusnya adalah menentang
Birmingham City di Stadium Amex pada hari Sabtu, 21 April 2012 dan akan
menamatkan saingan liga di Oakwell menentang Barnsley pada hari Sabtu, 28 April
2012.
SENARAI PEMAIN
Brighton: (4-4-2) David
Gonzalez; Inigo Calderon, Adam El-Abd, Lewis Dunk, Marcos Painter (Romain
Vincelot 46); Will Buckley, Liam Bridcutt, Gary Dicker, Kazenga LuaLua
(Rodriguez Vicente 58); Ashley Barnes, Craig Mackail-Smith. Pemain simpanan
yang lain: Casper Ankergren (GK), Gai Assulin, Craig Noone.
Watford: (4-4-2) Tomasz
Kuszczak; Lloyd Doyley, Nyron Nosworthy, Martin Taylor, Carl Dickinson; Sean
Murray, Prince Buaben (Britt Assombalonga 90), John Eustace, Jonathon Hogg;
Chris Iwelumo (Joe Garner 84), Troy Deeney. Pemain simpanan yang lain: Scott
Loach (GK), Dale Bennett, Matthew Whichelow.
No comments:
Post a Comment