Harapan untuk menyaksikan Brighton berentap
dalam 'play-off' nampak semakin pudar setelah tewas 0-6 kepada West Ham United
di Upton Park, malam tadi (Sabtu, 14 April 2012).
'The Hammers' yang mendapati suntikan ekoran
kekalahan Southampton kepada Reading pada malam Jumaat lepas, menjaringkan tiga
gol semangat dalam sebelas minit pertama perlawanan, sebelum menambah tiga lagi
gol pada separuh masa kedua - termasuk ‘hattrick’ oleh penyerang dari Portugal,
Ricardo Vaz Te.
Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadapan
barisan yang tewas 0-1 kepada Reading pada malam Selasa lalu, termasuk menyenaraikan
Marcos Painter di posisi pertahanan kiri menggantikan Gonzalo Jara Reyes.
Sementara Liam Bridcutt kembali setelah
selesai menjalani penggantungan dua perlawanan mengambil tempat Will Buckley,
dan Gai Assulin mengambil tempat Craig Mackail-Smith, sebagai penyerang utama.
West Ham United mendapatkan gol pertama pada
minit ke-3 menerusi Ricardo Vaz Te yang merembat deras dari jarak 25 ela
melepasi penjaga gol Brighton, Peter Brezovan. Gol kedua menyusul pada minit
ke-8 menerusi tandukan Vaz Te sebelum Kevin Nolan menjadikan kedudukan 3-0 pada
minit ke-11 menerusi satu tandukan hantaran sepakan percuma oleh Matt Taylor.
Separuh masa kedua bermula dengan barisan
Brighton mengatur percubaan demi percubaan tetapi penyudah yang kurang kemas
menafikan gol buat 'The Seagull'. Sebaliknya Vaz Te melangkapkan jaringan
hattricknya pada minit ke-63. Carlton Cole menjadikan kedudukan 5-0 pada minit
ke-67 sebelum gol sendiri oleh Gary Dicker pada minit ke-78 melengkapkan
kemenangan bergaya 6-0 West Ham United di hadapan 32,339 orang penyokong setia mereka.
Kekalahan ini mengakibatkan kedudukan
Brighton dalam nPower Liga Kejuaraan semakin jatuh ke tangga kelapan di
belakang Reading, Southampton, West Ham United, Birmingham City, Blackpool
City, Cardiff City dan Middlesbrough. Tidak jauh di belakang Brighton adalah
Leicester City dan Hull City.
Perlawanan seterusnya adalah pada hari Selasa, 17
April 2012 menentang Watford dan pada hari Sabtu, 21 April 2012 menentang
Birmingham City. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Amex.
SENARAI
PEMAIN
West
Ham United:
(4-5-1) Robert Green; Winston Reid, James Tomkins, Guy Demel (Danny Collins
68), Matthew Taylor; Ricardo Vaz Te (John Carew), Kevin Nolan, Mark Noble, Gary
O'Neil (Jack Collison 55), Henri Lansbury; Carlton Cole. Pemain simpanan yang
lain: Stephen Henderson (GK), Nicky Maynard.
Brighton: (4-5-1) Peter
Brezovan; Inigo Calderon, Gordon Greer, Adam El-Abd, Marcos Painter; Liam
Bridcutt, Alan Navarro, Gary Dicker, Rodriguez Vicente (Craig Noone 64), Gai
Assulin (Kazenga LuaLua 53); Ashley Barnes (Craig Mackail-Smith 53). Pemain
simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Gonzalo Jara Reyes.
No comments:
Post a Comment