Gus Poyet semakin hampir meletakkan jawatan sebagai pengurus Brighton selepas beliau berada dalam senarai dikehendaki tiga kelab barat Midlands iaitu West Bromwich Albion, Wolverhampton Wanderers dan Aston Villa.
Keupayaan Poyet membimbing Brighton sejak tiga musim yang lepas memang tidak dinafikan lagi. Peningkatan ketara 'The Seagulls' sejak kebelakangan ini adalah kerana keberanian Poyet mencuba pelbagai rentak permainan mengikut lawannya pada setiap perlawanan.
Sungguhpun cuba dipancing oleh Swansea City pada tahun 2010, Poyet masih kekal setia di Brighton membentuk sebuah pasukan yang mantap sehingga menduduki tangga kesepuluh Liga Kejuaraan musim ini, kedudukan tertinggi dalam liga sejak sepuluh tahun yang lalu.
Ramai pemain yang lahir dari program remaja Brighton telah diketengahkan oleh Poyet sejak musim lepas dan musim ini lebih ramai muka-muka baru seperti Jake Forster-Caskey yang diberi peluang beraksi bersama bintang-bintang Brighton.
No comments:
Post a Comment