Sunday, 13 May 2012

Penutupan Sementara Stesen Batang Melaka

Stesen Batang Melaka akan ditutup buat sementara waktu mulai 15 Mei 2012 sehingga 30 November 2012 selaras dengan perlaksanaan kerja-kerja Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban - Gemas.

Semua tren penumpang hanya akan melalui Stesen Batang Melaka tanpa membuat persinggahan samada untuk mengambil atau menurunkan penumpang. 

Kepada semua penumpang yang naik atau turun di stesen ini, sila dapatkan nasihat daripada Pengurus Stesen berhampiran atau daripada penyelia tren. Perkhidmatan bas shuttle ada disediakan sepanjang tempoh tersebut dan para penumpang dikehendaki mematuhi arahan yang akan diberikan dari semasa ke semasa.

Sebagai alternatif, para penumpang diharap dapat mengambil langkah-langkah berikut bagi memudahkan perjalanan mereka;

1. Penumpang dari Kuala Lumpur ke Batang Melaka;Naik Tren Ekspres Sinaran Selatan No. 13 dan turun di Stesen Tampin, kemudian mengambil bus shuttle untuk meneruskan perjalanan ke Stesen Batang Melaka.

2. Penumpang dari Batang Melaka ke JB Sentral atau Woodlands;
Dapatkan bas shuttle menuju ke Stesen Gemas dan meneruskan perjalanan dengan menaiki Tren Ekspres Sinaran Selatan No. 13

3. Penumpang dari JB Sentral atau Woodlands ke Batang Melaka;
Naik Tren Ekspres Sinaran Selatan No. 12 dan turun di Stesen Gemas, kemudian dapatkan bas shuttle untuk meneruskan perjalanan ke Stesen Batang Melaka.

4. Penumpang dari Batang Melaka menuju ke KL Sentral;
Dapatkan bas shuttle ke Stesen Tampin dan meneruskan perjalanan dengan menaiki Tren Ekspres Sinaran Selatan No. 12

Kepada para penumpang yang mempunyai tiket perjalanan dari Stesen Batang Melaka ke selatan dan dari Stesen Batang Melaka ke Kuala Lumpur, pastikan kalian datang awal ke Stesen Batang Melaka bagi mendapatkan bas shuttle. Bas akan bergerak awal samada ke Stesen Gemas atau Stesen Tampin bagi mengelakkan para penumpang ketinggalan untuk menaiki keretapi.Sila dapatkan nasihat dan panduan daripada Pengurus Stesen bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Sebarang pertanya, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862 atau lawati  www.ktmb.com.my

* Tapi pada aku adalah lebih baik jika satu stesen sahaja (Stesen Tampin atau Stesen Gemas) yang menguruskan penumpang dari/ke Stesen Batang Melaka ini. Aku harap tidak banyak berlaku kekeliruan sepanjang tempoh ini.

Kalau mengikut pengalaman yang lepas-lepas, Stesen Batang Melaka memang ada penumpangnya yang tersendiri. Malah sehingga kini masih ada permintaan agar Tren Senandung Sutera membuat persinggahan di stesen ini.

Jika selama ini aku akan turun di Stesen Batang Melaka untuk pulang ke Jasin atau Asahan, nampaknya  kali ini aku akan pandu kereta balik ke kampung. Rimas rasanya nak pindah-pindah dari naik keretapi naik bas pula, banyak masalah akan timbul terutamanya pada anak-anak.......

No comments:

Post a Comment