Aku rasa
kecewa dan sedih apabila terbaca tentang laporan akhbar yang menyatakan komuter tiada cermin sisi. Aku rasa orang yang menulis berita itu adalah orang
yang kurang arif tentang apa yang berlaku pada masa ini. Hendak
membandingkan negara sendiri dengan negara lain, perlulah ada
pemerhatian yang rapi sebelum menyiarkan berita yang pada fikiran aku
kurang tepat.
Siapa kata komuter tak ada cermin sisi? Gambar di bawah ini adalah bukti yang menunjukkan tren komuter memang mempunyai cermin sisi.
Bukan komuter aje yang ada, malah lokomotif pun ada cermin sisi!
Walaupun aku bukanlah staf KTMB, tapi aku perasan yang mereka (KTMB) sentiasa mengambil berat tentang keselamatan penumpang. Selain dipasang cermin sisi pada tren komuter atau lokomotif, cermin-cermin besar diletakkan di setiap penghujung landasan tempat tren komuter berhenti. Lihat gambar di bawah ini sebagai contoh....
Berikut pula beberapa contoh cermin yang ada di platform yang sering digunakan oleh pemandu komuter sebagai panduan. Cermin-cermin itu samada berbentuk bulat ataupun empat segi terletak bersebelahan dengan papantanda 'CAR 3 STOP' atau 'CAR 6 STOP'.
Jadi
pada akulah, walaupun tren komuter tidak dipasang dengan cermin sisi
sekalipun ianya tidak menyusahkan para pemandu kerana kita semua tahu
bahawa bukan calang-calang orang yang diberi tanggungjawab untuk
mengendalikan samada tren KTM Komuter, ETS, SCS ataupun lokomotif untuk
perkhidmatan penumpang dan kargo. Mereka adalah pemandu yang terlatih
dan bersedia dari segi mental serta fizikal dalam menjalankan tugas
seharian.
Apa pula kata kalian?
No comments:
Post a Comment