Untuk pengetahuan kalian, pihak KTMB telah mula menjual tiket-tiket bagi
perkhidmatan tren KTM Antarabandar sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Berikut adalah tarikh perjalanan serta tarikh jualan tiket. Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar.
Harapan aku agar kalian cepat-cepat dapatkan tiket perjalanan keretapi ini sebelum ianya kehabisan. Lazimnya para penumpang keretapi akan menunggu hingga ke saat akhir untuk membeli tiket ataupun setelah tiket bas telah habis dijual. Rancanglah percutian kalian agar sambutan Hari Lebaran akan datang menjadi lebih bermakna.
Perlu diingatkan juga bahawa tiket keretapi dijual kepada semua pelanggan KTMB Antarabandar bukan hanya kepada orang Islam sahaja. Kaum-kaum yang lain juga akan mengambil kesempatan cuti sekolah yang panjang untuk bersama keluarga menaiki keretapi menuju ke destinasi masing-masing.
Sokonglah Cuti-Cuti 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment