Sejak pertengahan 2011 PT Inka telah melakukan pembuatan keretapi pesanan dari
Malaysia sebanyak 3 jenis kereta yaitu ABC (Aircon Buffet Class), ASC (Aircon
Second Class) dan PGC (Kereta Janakuasa).
Konsep rekabentuk dibuat oleh Inka dengan mendapat persetujuan dari KTMB. Dalam proses
pengerjaaannya, proses fabrikasi dan pemasangan beberapa komponen dan panel
interior dikerjakan di Inka, manakala 'finishing'nya dikerjakan oleh KTMB
sendiri. Kecuali untuk PGC dan bogienya, semuanya dikerjakan di Inka. Jumlah
keseluruhan projek ini adalah 12 ASC, 2 ABC dan 2 PGC.
Spesifikasinya adalah sebagai berikut:
Track gauge : 1000mm (lebih sempit dibanding di Indonesia)
Axle load : 16 MT
Panjang, lebar ASC : 22000 mm, 2720 mm (lebih panjang dibanding
kereta Indonesia)
Panjang, lebar ABC : 21330 mm, 2700 mm
Panjang, lebar PGC : 15200 mm, 2810 mm
(Di Indonesia, semua jenis kereta mempunyai panjang dan lebar yang
sama)
Tinggi rel ke lantai : 1054 mm
Tinggi dari rel ke top roof : 3615 mm
(Kereta ASC dan ABC adalah menggunakan 'stainless steel', manakala PGC menggunakan 'mildsteel')
Suhu maksimum : 40 darjah Celsius
Kelajuan maksimum : 120 KMJ
Kelajuan operasional : 100 KMJ
Jumlah penumpang bagi setiap koc ASC adalah 60 orang sedangkan untuk koc ABC sebanyak 36 orang.
Terdapat dua jenis tandasi iaitu tandas cangkung dan duduk dengan 'flushing system'
menggunakan 'push button'. Tandas dengan sistem penampungan agar mudah digunakan dan mesra alam. Dan berikut adalah penandaan isi/kosong dari 2 jenis tandas tersebut.
Bogie menggunakan sistem 'primary suspension' menggunakan 'coil spring' dan 'secondary
suspension' menggunakan 'air spring'.
Seperti koc ABC sediada, koc kantin yang baru ini direkabentuk sebahagian untuk bar dan sebahagian lagi untuk penumpang duduk menjamu selera.
Di setiap kereta ada fasilitas Wifi dan sistem audio individual bagi setiap tempat duduk tetapi penumpang tidak boleh memilih saluran seperti di pesawat terbang. Di setiap tempat duduk juga ada fasilitas 'stop contact'. TV diletakkan di setiap hujung kereta.
Berikut adalah interior dari ASC yang tanpa kerusi, kerana pemasangan kerusi
akan dilakukan oleh KTMB sendiri.
Koc ASC saat sudah siap dibungkus dengan
terpal dan bersedia untuk dimuatkan ke dalam kapal
Ini pula adalah gerabak PGC yang telah siap sepenuhnya
Tempahan sedang dalam proses penghantaran ke pelabuhan
Siap untuk dimuatkan ke dalam kapal.
Saat PGC dinaikkan ke kapal untuk berangkat ke Malaysia
Rancangan pengiriman bermula dengan menaiki kometo (lori yang mempunyai banyak tayar) melalui jalanraya yang sibuk menuju ke Pelabuhan Tanjung Peak, Surabaya.
Khabarnya untuk pengiriman pertama sebanyak 6 ASC dan 2 PGC,
sedangkan 1 bulan berikutnya akan dikirim 6 ASC dan 2 ABC. Ada juga yang mengatakan bahawa penghantaran pertama terdiri daripada 6 ASC, sebuah PGC dan sebuah ABC.
Kerja-kerja akhir seperti pemasangan kerusi dan mengecat badan koc akan dilakukan oleh Hartasuma Sdn Bhd sebelum diserahkan kepada KTMB bagi tujuan pentauliahan dan pengoperasian tren.
Semoga selamat sampai di tujuan.
Greeting i'm indonesian railfan, just wanna ask were this carr still being used?, and if it is, what services do these carr being use, thanks
ReplyDeleteIt's will use by today... july 6th 2015 by train no 2 ekspres rakyat from kls to butterworth
ReplyDelete