Baru-baru ini aku meluangkan sedikit masa untuk mengikuti satu trip menaiki keretapi ke Gemas.
Awal pagi lagi aku dah bangun untuk menyiapkan diri untuk bersama-sama kawan-kawan yang dah lama aku tidak bertemu walaupun sering bersembang di internet.
Kelewatan
tren No. 12 Ekspres Sinaran Selatan sedikit pun tidak melemahkan
semangat aku dan kawan-kawan untuk melihat sendiri apa jua perkembangan
terkini yang berlaku di sepanjang landasan dari KL Sentral ke Gemas.
Kabin Simpang Pelabuhan Klang
Perhentian Mid-Valley
Perhentian Seputeh
Stesen Salak Selatan
Depoh Sistem Elektrifikasi Salak Selatan
Perhentian Bandar Tasek Selatan
Stesen Serdang
Yad Kajang
Stesen Kajang
Depoh Semboyan & Komunikasi Kajang
Perhentian UKM
Stesen Bangi
Stesen Batang Benar
Perhentian Nilai
Stesen Labu
Perhentian Tiroi
Stesen Seremban
Tidak terdapat banyak gangguan di sepanjang perjalanan dari KL Sentral menuju ke Seremban kecuali kerja-kerja pembinaan jambatan sedang giat dijalankan ketika tren menghampiri Stesen Kajang.
Selepas Stesen Seremban, tren mula meninggalkan panorama kota dan memasuki suasana kampung yang begitu mendamaikan.
Depoh EMU Seremban
Perhentian Senawang
Stesen Sungai Gadut
Stesen Rembau
Stesen Kendong
Stesen Pulau Sebang (Tampin) yang masih dalam pembinaan
Stesen Batang Melaka
Sekitar tapak Stesen Air Kuning Selatan yang telah diruntuhkan
Sekitar Stesen Gemas
Jumpa pagi pada trip akan datang....
No comments:
Post a Comment