Friday, 2 November 2012

Kad Komuter 1Malaysia

Bermula dari 22 Oktober 2012 sehingga 21 November 2012, KTM Berhad membuka gerai (booth) di beberapa buah stesen bagi memudahkan pengguna KTM Komuter membuat pendaftaran dan seterusnya  memohon untuk mendapatkan Kad Komuter 1Malaysia.

 
 
 
 
 
 
 
Dengan memiliki kad ini, kalian boleh menikmati potongan tambang sebanyak 50% bagi semua destinasi KTM Komuter iaitu dari Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan dari Sentul ke Pelabuhan Klang. Apabila landasan ke Gemas telah siap dan mula beroperasi, kalian boleh naik KTM Komuter terus dari Tanjung Malim ke Gemas.

Bila kalian telah mempunyai kad ini dan menggunakan kad tersebut untuk ke tempat kerja atau mana-mana tempat yang dirangkaikan dengan perkhidmatan KTM Komuter ini, kalian akan memperolehi banyak faedah yang tersembunyi antaranya:
a. Dapat menjimatkan tambang harian KTM Komuter.
b. Dapat memanjangkan lagi tempoh hayat kenderaan.
c. Tak perlu beli petrol.
d. Tak perlu bayar tol.
e. Tak perlu bayar parkir.
f. Tak perlu bersesak-sesak di jalanraya pada waktu puncak.
g. Tak perlu bangun awal untuk cepat pergi ke tempat kerja.
h. Boleh 'tidur-tidur ayam' bagi yang membuat perjalanan jauh seperti dari Sungai Gadut ke Kuala Lumpur.
i. Bagi penunggang motosikal pula, tak perlulah kalian berteduh di bawah jejambat bila hujan turun.
i. Paling penting, kalian telah membantu mengurangkan pencemaran alam.

Cuba kalian fikir sejenak dan buat perkiraan berdasarkan kepada perbelanjaan harian sewaktu pergi kerja. Mana yang lebih untung? Naik kenderaan sendiri atau naik KTM Komuter?

Bagi yang berminat dan masih belum memiliki kad tersebut, di bawah ini aku sertakan laluan (link) bagi memudahkan kalian untuk mendapatkan Borang Permohonan Kad Komuter 1Malaysia.

Borang untuk mendapatkan Kad Komuter 1Malaysia

Kad diskaun ini hanya sah digunakan untuk tempoh satu tahun mulai semalam (1 November 2012 sehingga 31 Oktober 20130.

Syukur Alhamdulillah kerana aku menjadi orang pertama yang memiliki kad tersebut..... jangan marah.... la la la la 

No comments:

Post a Comment