Sunday, 2 December 2012

Gua Musang - Tumpat - Gua Musang (Bahagian 1)

Hari kedua di Kelantan menyaksikan aku menghabiskan banyak masa dalam tren tempatan.

Awal pagi aku dah mula melangkah menuju Stesen Gua Musang yang letaknya tidak jauh dari tempat aku menginap. 

Tren akan mengalami sedikit kelewatan kerana Tren Ekspres Wau dan Ekspres Timuran masih belum sampai di Stesen Gua Musang.

Jam 7.00 kelihatan lokomotif No. 6428 Kelas YDM4 yang menarik jajaran Ekspres Timuran baru memasuki kawasan stesen.   
 
 
Sungguhpun begitu, penumpang yang masih menunggu ketibaan Tren Shuttle No. 82 dari Kuala Lipis nampak tenang kerana bagi mereka kelewatan tren adalah perkara biasa. 

Lebih kurang jam 7.30 pagi, barulah nampak jajaran Tren Shuttle No. 82 memasuki stesen didahului dengan lokomotif 25106 Pulau Labuan.

Kita mulakan perjalanan sekarang.

Stesen Gua Musang
 Tidak jauh dari Stesen Gua Musang yang baru, adalah Stesen Gua Musang yang lama. Tren penumpang tidak lagi berhenti di stesen lama ini.
 
 Depoh yang menempatkan Fleet Merinyu Urusan Jalan Gua Musang
 
 Perhentian Pan Malayan. Masih mengekalkan struktur perhentian seperti lawatan sebelumnya. Cuma...
 Perhentian Kampung Serian.  Sama seperti Perhentian Pan Malayan, masih mengekalkan struktur perhentian yang lama. Cuma...
 Perhentian Sungai Serian. Sebuah struktur perhentian yang baru didirikan bersebelahan dengan struktur perhentian yang lama. Cuma...
 Perhentian Limau Kasturi. Asalnya adalah sebuah stesen tetapi telah ditutup untuk operasi tren mulai 21 Mac 2011. Oleh yang demikian, tren tidak boleh berselisih di sini. Seperti di perhentian lain, penumpang yang menaiki tren dari sini akan membeli tiket di dalam tren.
 
 Stesen Bertam Baru adalah sebuah stesen penting bagi tujuan perselisihan. 
 
 Selalunya tren yang aku naiki (Shuttle No. 82) akan berselisihan dengan Tren Shuttle No. 81 (Tumpat - Kuala Lipis di sini.

Lokomotif No. 6663 Kelas YDM4 yang menarik jajaran Tren Shuttle No. 81.
 Malangnya pada hari ini, Tren Shuttle No. 81 dan No. 82 terpaksa berselisih pula dengan Tren Ekspres Wau yang mengalami kelewatan
Selepas itu, barulah Tren Shuttle No. 81 meninggalkan Stesen Bertam Baru.

Sepuluh minit kemudian, barulah Tren Shuttle No. 82 dibenarkan berlepas meninggalkan stesen. 

Perhentian Bertam. Masih menggunakan struktur bangunan Stesen Bertam yang lama. Di sini aku tak nampak cuma ...
 Perhentian Jerek Baru. Sebuah struktur perhentian yang baru telah dibina bersebelahan dengan struktur perhentian yang lama. Ahaa.... di sini ada cuma.....
 
Perhentian seterusnya adalah Perhentian Sungai Tasin.
 Aku tak nampak adanya sebarang struktur perhentian di sini. Mungkin ianya dalam perancangan atau dalam pembinaan.
 
 
 Perhentian Sri Bintang juga telah berubah wajah.
 Ini struktur perhentian yang lama terletak bersebelahan dengan struktur yang baru.
 Perhentian Sri Mahligai. Masih mengekalkan struktur perhentian yang lama. Kelihatan agak usang walaupun masih ramai penumpang yang turun naik di perhentian ini.
 Perhentian Sri Jaya juga mengalami perubahan.
Ini adalah struktur perhentian yang terletak bersebelahan dengan struktur yang lama
 Stesen Kemubu masih mengekalkan struktur bangunan asal
Tetapi hingga ke hari ini aku masih belum dapat meneka tepat, apalah sebenarnya kenderaan ini. Agaknya dapat kalian meneka?
Stesen Dabong. Juga masih mengekalkan struktur bangunan yang sama.
 
 Di stesen ini, tren yang aku naiki terpaksa berselisih pula dengan Tren Shuttle No. 83 Tumpat - Gua Musang. Kelihatan lokomotif No. 6699 Kelas YDM4 sedang memasuki kawasan stesen bersama jajarannya.
Penat rasanya perjalanan seperti ini yang mana tren terpaksa berhenti lama untuk berselisih dengan tren yang lain. Mujur ada cuma...

Cuma... yang aku maksudkan di sini adalah kantin. Boleh dikatakan di semua stesen dan hampir semua perhentian terdapat kantin yang menjual makanan dan minuman kepada penumpang yang menunggu ketibaan tren ataupun penumpang yang baru sampai dengan tren. Ini adalah satu perkembangan yang baik kerana para penumpang kini boleh menikmati secawan kopi sementara menunggu ketibaan tren.

Tunggu Bahagian 2 siri ini.

No comments:

Post a Comment