Monday, 31 December 2012

Stesen Keretapi Gua Musang Yang Baru

Pada kesempatan yang sama sewaktu aku berkunjung ke Gua Musang, aku telah dapat melihat sendiri Stesen keretapi Gua Musang yang baru.

Stesen yang baru ini terletak jauh sedikit daripada pusat bandar Gua Musang dan lebih tepat lagi ianya terletak dalam kawasan Bandar Baru Gua Musang.

Walaupun kelihatan ianya masih belum sempurna terutama dari segi kemudahan seperti tempat letak kereta, namun bagi aku yang lain dah mencukupi.

Stesen ini terletak di KM 321.0 dari Stesen Gemas. Ia mempunyai satu landasan utama dan satu landasan gelong. Terdapat satu platform yang panjangnya mampu untuk mengisi semua jajaran sesebuah tren ekspres.
Kemudahan kantin dan tandas juga disediakan. Yang lain-lain itu seperti Pejabat Operasi Tren, Bilik Orang Kenamaan, Bilik Semboyan dan Komunikasi dan sebagainya telah ada malah sudahpun beroperasi.

Aku kongsikan bersama kalian sebahagian daripada gambar - gambar yang sempat aku rakamkan sebelum aku meniki tren untuk balik ke kota Bahru.

Papantanda menunjukkan arah Stesen Keretapi Gua Musang
Sayup - sayup kelihatan Stesen Keretapi Gua Musang yang lama
 Jalan masuk ke stesen yang baru ini agak berdebu
 Pintu masuk utama ke stesen
 Ruang menanti
 Sedikit maklumat tentang pelancongan di Gua Musang
 Pelancongan Keretapi
 Peta Negeri Kelantan
Cuma maklumat dalam peta ini yang perlu diperbaiki. Ianya menunjukkan lokasi stesen yang lama. Sedangkan stesen yang baru ini terletak betul - betul di hadapan Pejabat Kesihatan Gua Musang
 Jadual Perjalanan Tren
 Kantin
 Bilik Pengurus Stesen
 Akuarium yang dibawa dari stesen lama
 
Begitulah adanya Stesen Keretapi Gua Muasang yang baru. Setelah terbengkalai lama, akhirnya ianya dapat disiapkan. Bila dah siap, ianya tertangguh dari digunakan kerana berbagai masalah.

Walau bagaimanapun, stesen ini mula beroperasi sepenuhnya mulai 30 Mac 2012.

No comments:

Post a Comment