JURUTEKNIK IT
Kelayakan
a. Berumur tidak lebih 28 tahun pada tarikh
iklan ditutup
b. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil
Teknologi Maklumat dalam bidang IT / Network / Elektronik dari Politeknik
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
c. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia
(termasuk lulus Ujian Lisan) dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Kriteria Pemilihan
a. Boleh
berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan
baik;
b. Mempunyai pengetahuan asas operasi,
penyelenggaraan dan trouble-shooting perkakasan dan perisian komputer termasuk
:
i. Automasi Pejabat - PC, Laptop, PDA dan
Pencetak,
ii. Rangkaian Data & Komunikasi - Router,
Switch, Modem, Fiber Optik, LAN dan WAN WIFI
& Mobile Network - Access Point (AP), Bridges, PDA & Smartphone, CCTV - DVR/NVR dan Kamera CCTV
iii. Mempunyai skil asas dalam perisian
Ms-Office, Open Office, Windows (XP, 2000, Win7) dan Unix.
d. Mempunyai lesen memandu kelas D yang sah
e. Sedia bertugas di luar markas dan melebihi
masa kerja fleksibel termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.
f. Bermotivasi serta boleh bekerja
bersendirian atau dalam satu pasukan.
Spesifikasi Tugas
a. Memasang, menguji dan pentauliahan
penggunaan perkakasan dan perisian Automasi Pejabat, Server dan Network dalam
rangkaian KTMB.
b. Menyelenggara dan membaik-pulih peralatan
ICT termasuk PC, Laptop, Printer, Router, Switch, CCTV, WIFI dan lain-lain.
c. Memeriksa, menguji dan memasang komponen
alat-alat ganti komputer dan Network seperti CPU, LCD, Printer, kabel Fiber
Optik/UTP, Faceplate, NIC, Interface ports, Power supply, UPS, Hub, Modem,
Router, Switch, WIFI AP/Antenna, Kamera, DVR/NVR dan lain-lain.
d. Proaktif dalam pelaksanaan projek baru dan
projek sedia ada bagi memastikan kemudahan ICT dapat digunakan dengan selamat,
cekap dan berkesan mengikut polisi ISM.
e. Menjalankan kerja preventive maintenance
dan remedial maintenance semua kemudahan ICT mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
f. Memeriksa, mengawal, menyusun, melabel,
mengesah dan mengemaskini inventori AO, Network, CCTV, WIFI dan Server sentiasa
memenuhi keperluan harian operasi
g. Memantau , menyelenggara, menguji dan
troubleshoot talian data Fiber Optik, UTP, Litar Suwa, Broadband
(Streamyx/Unifi) dan ISDN untuk memastikan tidak ada gangguan dan kegagalan
sistem.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis
dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan
sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat
beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap
hendaklah dihantar tidak lewat daripada 1 Mei 2013 ke alamat seperti berikut:-
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat
& Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan
Kakitangan)
Ibu Pejabat Koporat
KTM Berhad
Jalan Sultan
Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.
Tel:
03-22631312/03-22631368
No comments:
Post a Comment