Saturday 3 July 2021

Sejarah Laluan Keretapi Port Weld - Taiping (sambungan)

Sejarah Laluan Keretapi Port Weld – Taiping

Lanjutan daripada artikel yang bertajuk 'Sejarah Pembukaan Landasan Port Weld' yang telah disiarkan pada 7 Mac 2011.


 Miles

 TP

17. PORT WELD BRANCH LINE


0

0/0

Taiping Station

 

0m75ch

0/19

Tekka Taiping Siding

 

0m76ch

0/20

Taiping Tin Dredging Company Siding

 

1m5ch

 

Taiping Consolidated Siding

 



Simpang Station Level Crossing (within station limit)

 

 

Simpang Station

 

3m53ch

 

Jebong Siding

 

5

 

Matang Road Halt


7/6

Port Weld Station


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejak daripada tarikh itu (7 Mac 2011), pelbagai penemuan berkaitan dengan landasan Port Weld – Taiping ini telah ditemui. Aku telah beberapa kali berkunjung ke Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur dan Perpustakaan Akademi KTMB yang terletak di Batu Gajah, Perak dalam usaha untuk mendapatkan apa-apa maklumat tentang keretapi di masa dahulu. Aku mengambil sedikit masa untuk menyemak bahan-bahan yang diperolehi sebelum membuat catatan berkaitan dengan apa yang ada di sepanjang landasan dari Taiping ke Port Weld tu.

Sebelum aku menulis dengan panjang lebar, aku ingin ceritakan sedikit tentang sejarah landasan ini.

Peta laluan keretapi yang lurus dari Taiping ke Port Weld.

Semua sedia maklum bahawa keretapi antara Port Weld - Taiping - Port Weld telah dimulakan sejak 1 Jun 1885. Pada masa itu, terdapat cuma terdapat dua perjalanan tren ke dua-dua hala, satu di sebelah pagi dan satu di sebelah petang.

Masa berlalu menyaksikan banyak lombong bijih timah dah ladang getah diusahakan di sepanjang laluan keretapi. Ini telah menyebabkan kampung dan pekan berkembang pesat dengan penduduk yang bekerja di lombong dan ladang getah. 
 
Ekoran daripada ramainya penduduk, perkhidmatan tren di sebelah pagi dipenuhi dengan anak-anak sekolah dan pekerja pejabat yang menaiki tren samada ke Taiping atau ke Port Weld. Tren campur yang dilarikan ini juga membawa barang-barang terutamanya kayu arang yang digunakan untuk menggerakkan lokomotif wap dan juga untuk kegunaan lombong-lombong bijih timah yang terletak di sepanjang landasan. Sebanyak sepuluh perkhidmatan ulangalik diadakan setiap hari. 

Antara hasil perlombongan yang terdapat di Larut.


Selain dari bijih timah, dagangan lain yang dibawa dengan keretapi ke Port Weld adalah kopi, getah dan gula menjadi ekspot utama manakala barangan yang dibawa masuk adalah makanan dan peralatan melombong.

Kapal stim di Port Weld, sekitar tahun 1890an. Sumber gambar dari Arkib Negara Malaysia.

Apabila landasan antara Tapah Road – Teluk Anson dibuka dalam tahun 1895, dagangan Pelabuhan Port Weld mengalami kemerosotan. Tahun 1896 menyaksikan nilai import di Port Weld sekadar $ 876,000 berbanding nilai impot di Pelabuhan Teluk Anson sebanyak $ 1,120,000.

Menjelang tahun 1898, Pelabuhan Teluk Anson telah menjadi pelabuhan utama di Perak menggantikan Pelabuhan Port Weld. Banyak syarikat perkapalan telah menghentikan operasi di Port Weld. Perkhidmatan keretapi Port Weld – Taiping – Port Weld telah dikurangkan bagi mengurangkan kos operasi.

Jadual Perjalanan Tren Tahun 1927


 
Jadual Perjalanan Tren Tahun 1947.
Okay... sekarang kita mulakan perjalanan menuju ke Port Weld.

Bermula dengan Stesen Keretapi Thaipeng (Taiping). Pada masa itu, Stesen Taiping terletak di lokasi Sekolah King edward Vii sekarang ini. Terdapat sebuah bangunan pentadbiran serta depoh baikpulih lokomotif dan gerabak berhampiran dengan stesen ini.

Kemudahan yang ada di Stesen Taiping dan Stesen Port Weld pada tahun 1963.
 

Menghala sedikit ke arah Barat kita akan temui Sisian Tekka Taiping. Sisian ini terletak di sebelah kanan landasan arah ke Port Weld kira-kira 75 rantai dari Stesen Taiping.. Tekka Taiping Dredging adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah. Lombong syarikat ini terletak berhampiran dengan landasan keretapi. Terdapat rangkaian keretapi ringan yang menghubungkan kawasan perlombongan dengan landasan keretapi bagi memudahkan penghantaran hasil perlombongan ke Port Weld.

Jaringan keretapi ringan di Tekka Taiping dan Taiping Tin Dredging Company.

Tidak jauh dari Sisian Tekka Taiping adalah Sisian Taiping Tin Dredging Company. Sisian ini terletak di sebelah kiri landasan arah ke Port Weld kira-kira 76 rantai dari Stesen Taiping (jaraknya cuma 1 (satu) rantai dari Sisian Tekka Taiping). Sama seperti Tekka Taiping, syarikat Taiping Tin ini juga menjalankan aktiviti perlombongan. Satu rangkaian keretapi ringan juga telah dibina untuk disambungkan dengan landasan keretapi bagi memudahkan penghantaran hasil perlombongan ke pelabuhan Port Weld.

Berkedudukan 1 batu 5 rantai dari Stesen Taiping adalah Sisian Taiping Consolidated (sekarang ini dikenali sebagai YTL Land & Development Berhad). Tidak banyak maklumat yang diperolehi berkenaan dengan sisian ini kerana ianya dibuka untuk satu waktu yang agak singkat.

Kira-kira dua batu setengah dari Stesen Taiping adalah Stesen Simpang. Nama SIMPANG diambil daripada kedudukan pekan yang mana landasan keretapi dan jalanraya bersilang. Pekan Simpang adalah sebuah pekan tempat penduduk kampung dan ladang sekitarnya untuk mendapatkan keperluan harian. Boleh dikatakan semua keretapi penumpang laluan Taiping – Port Weld – Taiping berhenti di stesen ini.

Sungguhpun begitu, oleh kerana pertumbuhan yang pesat bermula dari Taiping telah melihatkan sistem jalanraya bertambah baik. Kenderaan persendirian semakin bertambah dan menyebabkan kurangnya orang ramai menggunakan perkhidmatan keretapi. Dengan menggunakan kenderaan sendiri, orang ramai boleh ke Bandar taiping atau Pekan Port Weld pada bila-bila masa sedangkan jika ingin menaiki keretapi, perlulah mengikut jadual perjalanan tren yang telah ditetapkan. Jarak antara Taiping dan Port Weld menggunakan jalanraya.

Akhirnya Stesen Simpang dituruntaraf menjadi sebuah perhentian pada 1 Januari 1924 sebelum ditutup sepenuhnya beberapa tahun kemudian.

 


Antara peninggallan keretapi yang masih boleh dilihat adalah tiang telegraf yang terletak dalam kawasan Pekan Aulong. Gambar kredit kepada https://museumvolunteersjmm.com/2020/09/27/all-because-of-tin/

Selepas Stesen Simpang, kira-kira pada kedudukan 3 batu 53 rantai dari Stesen Taiping adalah Sisian Jebong yang terletak di sebelah kiri landasan arah ke Port Weld.


Ladang Jebong adalah sebuah kawasan ladang getah yang agak luas. Ianya dipunyai oleh Jebong (Perak) Rubber Company, Ltd. Oleh yang demikian, pihak FMSR dengan bantuan pihak ladang telah membina sebuah landasan keretapi sejauh kira-kira dua batu terus ke tengah ladang, tempat pengumpulan susu getah (latex). Sama seperti pengiriman bijih timah, susu getah ini juga dihantar ke Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) untuk dihantar ke Pelabuhan Klang. 

Kira – kira liima batu dari Stesen Taiping adalah Perhentian Matang Road. Ada banyak penerbitan yang menyatakan bahawa Matang Road itu adalah sebuah stesen. Tetapi aku tidak menjumpai fakta yang menunjukkan wujudnya sebuah stesen yang dikenali sebagai Stesen Matang Road. Banyak juga rujukan yang aku buat sekadar menunjukkan ianya sebuah perhentian. Mungkin kalian di luar sana mempunyai maklumat tentang benarnya Perhentian Matang Road ini adalah sebuah stesen.

Keratan akhbar The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, bertajuk European's 54 Years In Malaya yang disiarkan pada 25 April 1939, Mukasurat 7 menulis: 

Sumber daripada https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/singfreepressb19390425-1.2.71?ST=1&AT=search&k=railway%20matang%20road&QT=railway,matang,road&oref=article

Perhentian Matang Road ini pada asalnya berfungsi untuk orang ramai terutamanya pekerja pejabat dan anak-anak yang bersekolah samada di Port Weld atau Taiping. Pihak FMSR telah memberikan potongan harga tiket istimewa untuk seminggu atau sebulan kepada orang ramai untuk menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan keretapi.

Di sepanjang laluan antara Matang Road dan Port Weld, pada masa dahulu dipenuhi dengan hutan dan sedikit ladang getah. Malah pada hari ini masih kelihatan kawasan paya bakau di berhampiran bekas landasan.

Akhirnya kita tiba di Stesen Port Weld yang terletak kira-kira tujuh setengah batu dari Bandar Taiping. Sebuah bangunan stesen dan beberapa buah gudang terdapat di sini. Sungguhpun begitu hanya sebuah gudang yang masih tinggal kini dan digunakan sebagai pelantar untuk nelayan menaikkan hasil tangkapan.

Signboard asal Stesen Port Weld. Gambar sumber dari Arkib NSTP.
 
 
Signboard kemudian dialihkan beberapa meter ke belakang setelah tiangnya patah.

 
Gambar dari seorang rakan di FB menunjukkan poin masuk ke Stesen Port Weld.
 
 
Pelabuhan Port Weld di zaman kegemilangannya.

Gambar sumber dari Perpustakaan Akademi KTMB (MyRA), Batu Gajah, Perak. 

Seperti mana punca Perhentian Matang Road dan Stesen Simpang ditutup, Stesen Port Weld ini juga ditamatkan operasinya secara rasmi pada 17 Januari 1972. Persaingan yang sengit dari perkhidmatan jalanraya telah mengubah segalanya. Tinggallah sejarah yang menyatakan bahawa pernah suatu masa dahulu wujud landasan keretapi yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld atau Kuala Sepetang.

Maka berakhirlah perjalanan kita. Kita akhiri dengan satu lagi gambar dari teman di FB.


Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang maklumat dan gambar-gambar yang disiarkan. Semuanya itu untuk tatapan generasi pada hari ini dan pada masa akan datang. Harapan aku agar hantaran kali ini akan dapat memberi manfaat kepada semua peminat keretapi.

3 comments: