Friday, 9 July 2010

Pindaan Perlawanan Persahabatan Pra - Musim

Perlawanan pra-musim pasukan Brighton mengalami sedikit perubahan.

Perlawanan menentang Whitehawk pada hari Selasa, 13 Julai 2010 akan berlangsung di Woodside Road, Worthing. Ini disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan padang Enclosed Ground (gelanggang sendiri pasukan Whitehawk), masih diteruskan.

Seterusnya perlawanan pasukan Brighton menentang pasukan Bognor Regis Town yang dijadualkan pada hari Jumaat, 16 Julai 2010 telah dipercepatkan masa sepakmula iaitu pada jam 1930 (7.30pm) GMT.

Hindari Sifat iri Hati Dan Dengki Dalam Diri

Ramai di kalangan manusia yang gagal untuk mengelakkan diri dari sifat dengki dan iri hati. Perasaan dengki mungkin timbul terhadap rakan yang baru dinaikkan pangkat, kepada jirannya yang mempunyai kereta baru, iri hati terhadap teman yang anaknya mendapat kelulusan yang terbaik dalam peperiksaan atau pelbagai perasaan dengki yang lain. Persoalannya mengapa sifat dengki ini sering menguasai diri manusia?

Rasa dengki atau iri hati ini sebenarnya timbul dalam diri seseorang apabila orang lain mendapat nikmat atau kelebihan tertentu. Apabila terdapatnya nikmat atau sesuatu yang menguntungkan, wujudlah dua sikap manusia:

Pertama, ia benci terhadap nikmat yang diterima oleh kawannya, dan apabila nikmat tersebut hilang dari diri rakannya. Sifat inilah yang dikatakan hasad dengki atau iri hati.

Kedua, seseorang itu tidak berniat untuk menghilangkan nikmat yang dikecapi oleh rakannya. Tetapi ia berusaha keras untuk memperolehi nikmat seperti itu, sifat ini disebut keinginan dan tidak berniat memusnahkan hak orang lain. Sifat yang kedua ini dibolehkan dalam Islam sedangkan sifat yang pertama dilarang oleh Islam.

(bersambung)

Wednesday, 7 July 2010

Forum Ketenteraan

Jika kalian berminat dalam bidang ketenteraan dan ingin bertukar-tukar fikiran dengan lebih ramai kenalan, sila klik kat banner di bawah.


Tuesday, 6 July 2010

Lengkungan (Curve)

Lengkungan atau curve yang direkabentuk untuk laluan rel sebenarnya memerlukan pengiraan yang berhati-hati (tepat) bagi memastikan ia berkualiti dan tahap kelajuan keretapi dicapai pada tahap yang diperlukan.

Terdapat dua jenis lengkungan iaitu lengkungan menegak dan lengkungan mengufuk.

Terdapat juga lengkungan di bahagian tertentu landasan iaitu di kawasan peralihan di mana landasan bertukar dari lurus kepada lengkungan atau dari satu radius lengkungan kepada radius lengkungan yang lain.

dari hati kecil ini......

sayang ku pada mu tak ubah seperti ombak di tengah lautan yang membiru... tak pernah putus.. walaupun sesekali ombak itu mengganas di pantai, tetapi hakikatnya ia akan kembali semula ke laut.. andai tiada lautan, maka tiadalah ombak... ibarat lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan.. begitulah adanya aku kala ini... aku dan engkau terpisah bukan atas kerelaan... tetapi terpisah kerana keadaan...

Pemenang Tilawah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 Tahun 2010

Johan Tilawah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 (2010)
Johan Qari, Wilayah Persekutuan, Wan Ainuddin Abdullah, 28 - Youtube Bacaan
Naib Johan Qari, Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali, 34
Tempat Ketiga Qari, Kedah, Othman Azumi Ahmad, 51

Johan Qariah, Johor, Nor Azrah Ayub, 32 - Youtube Bacaan
Naib Johan Qariah, Selangor, Nor Ruzana Natiah Jaafar, 27
Tempat Ketiga Qariah, Wilayah Persekutuan, Normalina Alias, 28

Semangat Kejiranan

Semangat kejiranan adalah satu semangat yang patut kita terap walau di mana jua kita berada. Tak kiralah samada di bandar mahupun di desa, semangat kejiranan perlu ada dalam diri seseorang baik masa suka ataupun duka.

Bertempat di Kampung Padang Cicar, Batu 7, Jalan Kroh, Baling pada 3 Julai yang lalu telah berlangsung Majlis Persandingan Ayu dan Epol. Suasana meriah kerana kehadiran hampir semua penduduk kampung, sama-sama bergotong royong menjayakan majlis ini.

Kaum ibu sedang menyediakan kerabu pucuk paku
Makcik ni sedang membuat kerabu perut
Lauk kegemaran kami sekampung - Masak Kari Daging Lembu Campur Batang Pisang
Warga tua yang mahir memasak
Setalam hidangan untuk tetamu yang hadir
Yang muda dan yang berusia, sama-sama berganding bahu melayan tetamu
Anak-anak juga tak ketinggalan buat sibuk
Geng cuci mencuci pinggan mangkuk
Geng buat air...
Selamat Pengantin Baru buat Ayu & Epul moga kekal hingga ke akhir hayat