Sunday, 2 May 2010

MK Dons..0 Brighton..0

Perlawanan menentang pasukan MK Dons di Stadium MK malam ini berakhir dengan keputusan seri 0 - 0.

Banyak peluang yang tercipta buat kedua - dua pasukan tetapi tidak menepati sasaran.

Gus Poyet melakukan tiga perubahan pada kesebelasan utama termasuk memberi peluang kepada pemain berusia 18 tahun, Lewis Dunk (gambar bawah) membuat penampilan pertama untuk pasukan Brighton di bahagian pertahanan.
Dunk bermain bersama Tommy Elphick, dengan Adam el-Abd mengambil alih tempat Marcos Painter di bahagian pertahanan kiri. Gavin Hoyte kekal sebagai pemain pertahanan kanan.

Bahagian tengah telah diperkuatkan dengan kehadiran lima orang pemain iaitu Seb Carole, Diego Arismendi, Andrew Crofts, Lee Hendrie dan Elliott Bennett.

Perlawanan ini disaksikan oleh 12,023 orang penonton yang menyaksikan seorang pemain MK Dons dan Diego Arismendi diperintah keluar padang.

Turut yang menarik perhatian pada malam ini adalah keupayaan pemain antarabangsa England Bawah 16 Tahun, Jake Caskey (gambar atas) meletakkan namanya di dalam bangku pemain simpanan pasukan Brighton. Walaupun dia tidak diturunkan, tetapi ini adalah satu petanda yang baik bagi pembangunan bolasepak di Brighton.

Keputusan seri ini membolehkan pasukan Brighton menduduki tangga ke 13 liga dengan mengumpulkan 56 mata daripada 45 perlawanan.

Perlawanan terakhir musim ini adalah menentang pasukan Yeovil Town pada 8 Mei 2010 di Stadium Withdean.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Hoyte, Dunk, Elphick, El-Abd (Painter 66); Bennett, Crofts, Arismendi, Hendrie (Dicker 59), Carole (Navarro 59); Holroyd. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Tunnicliffe, Barnes, Caskey.

Saturday, 1 May 2010

Makluman

Atas sebab - sebab teknikal, blog Lokomotif YDM4 Di Malaysia telah ditamatkan penyiarannya.

Terima kasih kepada semua yang sudi membantu dalam penyediaan blog tersebut. Sekiranya kawan - kawan ada apa - apa pertanyaan tentang lokomotif tersebut, sila majukan soalan dan saya akan cuba mencari jawapan yang terbaik untuk pengetahuan kalian.

Sifat orang Islam Yang Paling Baik

Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Apakah sifat orang Islam yang paling baik? “ Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang yang menyelamatkan orang – orang Islam dengan lidah dan tangannya.” (Hadis Riwayat Abdullah bin Amru al-As r.a.)

Stesen Keretapi Di Sabah

Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) kini dalam proses modenisasi. Pelbagai pembaharuan telah, sedang dan akan dilaksanakan sesuai dengan permintaan yang semakin bertambah terutama dari sektor pelancongan.

Berikut adalah senarai tidak rasmi jajaran stesen dan perhentian yang dapat aku kumpul sepanjang aku membuat kajian tentang JKNS ini.

TANJUNG ARU (km 0)

Sekretariat (km 2)

Sembulan (km 4)

Putatan (km 7)

Lok Kawi (km 12)

Kinarut (km 15)

Limauan (km 17)

Kawang (km 22)

Pengalat Besar (km 29)

PAPAR (km 33)

Kimanis (km 48)

Mandalan (km ??)

Bongawan (km 57)

Bandau (km 64)

Membakut (km 67)

Lumat (km 75)

Klias (km 78)

BEAUFORT (km 85)

Jimpangah (km 90)

Batu 60 (km 91)

Monternior (km 93)

Batu 62 (km 96)

Saliwangan Lama (km 98)

Saliwangan Baru (km 100)

HALOGILAT (km 105)

Rayoh (km 114)

Pangi (km 123)

TENOM (km 134)


Selain daripada stesen dan perhentian di atas, terdapat beberapa lagi perhentian kecil yang mana keretapi penumpang akan berhenti di atas permintaan penumpang.

Stesen Dan Perhentian

Salam Sejahtera buat semua.

Jika sebelum ini aku ada menyiarkan tentang signboard yang terdapat di stesen atau perhentian, hari ini bermula siri untuk aku menyiarkan rupabentuk stesen atau perhentian terbabit.
Stesen Butterworth

Yad Perai (Gambar oleh Benny) Stesen Bukit Tengah Stesen Bukit Mertajam Perhentian Alma (Gambar oleh Benny) Stesen Simpang Ampat (Gambar oleh Benny)Stesen Nibong Tebal
Stesen Parit Buntar
Stesen Bagan Serai (Gambar oleh Benny)
Perhentian Alor Pongsu (Gambar oleh Benny)
Stesen Bukit Merah
Stesen Pondok Tanjung (Gambar oleh ..... aku lupa siapa pemiliknya)
Stesen Kamunting (Gambar oleh Benny)
Stesen Taiping
Stesen Bukit Berapit
Stesen Padang Rengas
Stesen Kuala Kangsar
Perhentian Enggor (Gambar oleh Benny)
Stesen Salak North (Gambar oleh Benny)
Stesen Sungai Siput
Stesen Chemor
Stesen Tanjung Rambutan
Stesen Tasek (Gambar oleh.. aku lupa siapa pemiliknya)
Yad Ipoh
Stesen Ipoh

Cukuplah dahulu perjalanan kita buat kali ini dari Butterworth ke Ipoh. Ada masa aku akan sambung lagi perjalanan ini....

Tuesday, 27 April 2010

Gotong Royong Perdana

Bersempena dengan Sambutan Hari TLDM Ke-76, bertempat di Teratak Bait Al-Amin telah berlangsung satu gotong royong membersihkan persekitaran Bait Al-Amin.

Gotong royong ini telah dilaksanakan oleh anggota TLDM dari Depot Senggara Armada, Lumut dengan seramai 60 orang yang datang untuk sama - sama membersih, menyelenggara, membaikpulih, mengecat dan berbagai lagi kerja yang mampu dilakukan.

Pegawai Depot Senggara Armada dan Ayah Lan bergambar kenangan
Lagi gambar untuk kenangan
Pembahagian kerja - kerja untuk yang hadir

Membaiki pintu yang rosak
Mengemas ruang di bahagian belakang
Membancuh cat
Pasukan mengecat sedang mengecat tiang
Masa untuk makan
Nasi lemak dan sambal tumis ikan bilis
Telur rebus, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng dan timun
Sandwich sardin dan kuih seri muka
Sedap nampak
Berbual sambil menikmati hidangan
Nak buat dengan daging tu bang?
Mengopek kerang untuk dibuat kerabu
Menghiris daging untuk dibuat tomyam
Membersihkan kawasan tempat membakar sampah
Bawak diri nampak....
Dua orang tukang masak sedang menggoreng bihun
Orang dapur sedang menyediakan bahan-bahan untuk lauk pauk makan tengahari
Ini tukang masak navy ker?
Senyum sebab kerja dah beres
Dinding sudah dicat dengan warna hijau muda
Lagi abang navy yang ceria
Jom balik
Sesungguhnya kerjasama begini haruslah diteruskan tanpa mengira waktu. Bila rasa ada masa terluang, datang dan bantulah mereka - mereka yang memerlukan.
Syabas buat Depot Senggara Armada. Syabas buat TLDM. Bertuah buat Bait Al-Amin.