Selamat Hari Bapa buat ayah Tuan Haji Yusof bin Harun semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik.
Tiada kata yang mampu ditutur buat mu Ayah. Terima kasih atas segalanya.
(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Selamat Hari Bapa buat ayah Tuan Haji Yusof bin Harun semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik.
Tiada kata yang mampu ditutur buat mu Ayah. Terima kasih atas segalanya.
Di atas adalah salah satu contoh jadual perjalanan keretapi yang pernah digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu. Jadual yang mula digunakan mulai 01 Disember 1947 itu mengandungi semua perjalanan tren yang ada pada masa itu.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui fungsi sesebuah tren penumpang. Aku ceritakan serba sedikit tentang kategori keretapi penumpang yang ada pada masa itu.
Perkhidmatan keretapi penumpang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
a. Keretapi Ekspres / Keretapi Terus Menerus / Keretapi Sombong.
b. Keretapi Mel
c. Keretapi Tempatan
d. Keretapi Campur.
Keretapi Ekspres (ada sesetengah jadual menulis sebagai Through Train) adalah perkhidmatan terus menerus yang hanya akan berhenti di berhenti di beberapa buah stesen tertentu. Keretapi ini biasanya cepat sampai di stesen akhir berbanding dengan keretapi penumpang yang lain. Contoh keretapi ekspres ini adalah Ekspres Rakyat, Ekspres TImuran, Ekspres Wau atau Ekspres Langkawi. Manakala laluannya adalah antara Prai – Kuala Lumpur, Kuala Lumpur – Singapura, Kuala Lumpur – Haadyai, Kuala Lumpur – Tumpat atau Tumpat – Singapura.
Keretapi Mel (Mail Train) adalah perkhidmatan henti-henti jarak sederhana. Ianya membawa penumpang, surat, bungkusan, suratkhabar, basikal atau motorsikal. Keretapi ini dilarikan samada di waktu pagi atau malam. Ianya akan berhenti di semua stesen dan perhentian di sepanjang laluan. Laluannya yang popular adalah Butterworth – Kuala Lumpur, Kuala Lumpur – Singapura atau Gemas – Gua Musang.
Keretapi Tempatan (Local Train / Ordinary Train) adalah perkhidmatan henti-henti jarak dekat. Biasanya ia membawa penumpang dan satu atau dua gerabak barang. Keretapi ini juga akan berhenti di semua stesen dan perhentian di sepanjang laluan. Keretapi tempatan ini biasanya beroperasi di antara Butterworth – Padang Besar, Tapah Road – Teluk Anson, Kuala Lumpur – Pelabuhan Klang, Kluang – Singapura atau Tumpat – Gua Musang.
Keretapi Campur (Mixed Train) adalah keretapi yang membawa penumpang dan gerabak barang. Ianya akan berhenti dan membuat langsiran gerabak barang di stesen-stesen yang telah ditetapkan. Keretapi campur ini adalah keretapi yang paling lambat tiba di stesen penghujung jika hendak dibandingkan dengan keretapi-keretapi yang lain.
Sesungguhnya perkhidmatan keretapi penumpang ini amat penting sebelum adanya jalanraya atau lebuhraya yang baik. Jalanraya dahulu tidaklah sebaik jalanraya yang ada pada hari ini. Penduduk kampung di sepanjang laluan keretapi menanti-nanti akan ketibaan keretapi untuk membolehkan mereka membawa hasil-hasil kampung untuk dijual di bandar-bandar besar. Hasil jualan yang diperolehi membolehkan mereka membeli barang keperluan harian yang pada masa itu agak sukar untuk diperolehi di kampung masing-masing.
Mungkinkah Bertemu
Mungkinkah dapat bersua
Bertahun telah terpisah
Rindu hati tak terkira
Hanya namamu di bibirku
Bukan saja ku ke mari
Kerna sayangkan dirimu
Kalau ku dapat bertemu
Alangkah bahgianya hidupku
Cubalah engkau fikirkan
Beribu batu ku datang
Tanah air ku tinggalkan
Oh marilah datanglah padaku
Tidakkah engkau merasa
Kasih saudara terpisah
Di mana engkau ku cari
Tapi tidaklah mengapa
Kali ini tak berjumpa
Ku tidak berputus asa
Lain kali ku datang lagi
Untuk mencari adikku........
Terdapat banyak stesen dan perhentian keretapi di antara Seremban ke Gemas. Salah sebuah daripadanya adalah STESEN KERETAPI PERHENTIAN TINGGI.
Stesen keretapi ini terletak di KM 475.8 atau 295 1/4 batu dari Perai. Jirannya di utara adalah Stesen Sungai Gadut manakala di sebelah selatan adalah Stesen Pedas.

Menurut catatan akhbar, stesen ini mula dibuka pada tahun 1909.
Carian dari laman sesawang Arkib Negara Malaysia pula menemui bahawa ada cadangan untuk menukar nama stesen ini dari Stesen Keretapi Perhentian Tinggi kepada Stesen Keretapi Gunong Angsi.
Tidak diketahui bila stesen ini ditutup kerana kali terakhir nama stesen ini tercatat dalam senarai rasmi stesen dan perhentian tahun 1934.
Jadual Waktu Kerja Tahun 1938 tidak lagi menyenaraikan Stesen Perhentian Tinggi sebagai salah sebuah stesen.
Demikianlah serba sedikit informasi yang dapat aku kongsikan bersama kalian tentang STESEN KERETAPI PERHENTIAN TINGGI ini.
Jumpa lagi pada kesempatan yang lain.
Kalian di luar sana yang biasa menggunakan perkhidmatan Tren Antarabandar KTM pasti akan menyimpan kalau tidak banyak pun, mesti ada menyimpan satu tiket sebagai tanda kenang-kenangan.
Aku mempunyai banyak tiket Tren Antarabandar yang terdiri daripada berbagai bentuk, saiz dan warna.
Untuk kali ini, aku akan kongsikan bersama kalian tiket Tren Antarabandar KTMB yang mempunyai iklan.
Jumpa lagi.