seiras cintamu
biar ku tanggung di dalam hatiku
walau terguris selalu
tentang dirimu yang aku sayangi
yang kini telah dimiliki
dulu bersarang harapan padamu
namun malu ku nyatakan
belum sempatku melafaz kata
kau hilang tak terkesan
sejenak ku menyesali
mengapa aku terlewat darinya
bersawang jadi resahku
meratapi kehilangan
namun kau melangkah gerbang hidup baru
dalam pasrah ku doakan
kau bahagia bersamanya
kan ku lupa segala bayangan
walaupun kini berkubur
impian dan harapan
ku harus jua mencari
penggantimu
bertahun sudah semua berlalu
aku bahagia semula
bersama dia penawar laraku
cinta yang seiras cintamu...
(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Saturday, 17 June 2023
seiras cintamu
Sunday, 26 March 2023
Menu Ramadan ETS
Janjimu
Janjimu
terguris hati nan suci
cintaku setia
kini kau mungkiri janji
Berlinangan airmata
membawa hati duka lara
meninggalkan ku sendiri
Tuesday, 7 March 2023
Malam Nisfu Sya'ban
Malam Nisfu Sya'ban disambut oleh umat Islam bermula dari selepas Solat Maghrib pada hari Rabu, 7 Mac 2023. Mohon Allah panjangkan usia kita semua, tetapkan iman dan beroleh rezeki yang halal.
Friday, 3 March 2023
Terkenang
TERKENANG
Brighton Ke Suku AKhir Piala FA England
Pasukan Brighton & Hove Albion berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA England tahun ini. Dalam Puisngan Kelima, Brighton telah menang 1-0 ke atas Stoke City dan diundi untuk menentang Grimsby Town, sebuah pasukan daripada Liga 2 (dahulu Divisyen 4).
Perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Stadium Falmer pada 18 Mac 2023.
Lain-lain perlawanan peringkat suku akhir ini adalah:
Manchester City lwn Burnley
Manchester United lwn Fulham
Sheffield United lwn Blackburn Rovers
Semoga pasukan Brighton & Hove Albion menang dan mara ke peringkat separuh akhir.





