Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Sunday, 26 March 2023

Menu Ramadan ETS

Istimewa bulan Ramadan ini. Dapatkan menu khas berbuka puasa dengan pembelian terus di Kafe ETS (Koc C). Rasanya enak dengan harga yang amat berpatutan sesuai dengan perjalanan yang selesa dan cepat.




Cepat... dapatkan pilihan anda segera!

Friday, 2 November 2012

Majlis Korban Dan Aqiqah

Pada hari Ahad yang lalu (28 Oktober 2012), di perkarangan rumah Mak Long Rokiah Kampung Padang Cicar, telah berlangsung Majlis Korban dan Aqiqah anjuran Mak Long Rokiah sekeluarga.

Seekor lembu telah disediakan bagi tujuan korban dan aqiqah 

Pakcik Yusof dengan dibantu oleh beberapa orang kampung sedang bersedia untuk menyembelih lembu
 

 Seteleh disembelih, lembu dilapah dan sebahagian daripada dagingnya disedekah kepada yang layak menerima
 

Manakala sebahagian lagi daging dimasak untuk dijamu kepada semua yang hadir
 

Ramai juga kaum ibu yang hadir sehingga ruang di dapur dan tengah rumah penuh. Jadi ibu-ibu ini membuat kerja mengupas bawang di serambi depan

Ibu ini yang penat sekali kerana terpaksa menyediakan berbagai jenis minuman untuk disajikan kepada semua yang hadir termasuk juga tukang lapah daging, tukang masak, tukang kupas bawang dan tukang ambil gambar!

 Perut lembu direbus untuk dimakan bersama air asam

Makcik ooii.... buat apa tu?
Nak goreng ikan pekasam buat makan dengan pulut

Mak Long Rokiah melayan sebahagian kaum ibu yang hadir

 Anak-anak yang paling meriah bila waktu makan

Yang berkeluarga turut sama menikmati jamuan
 

 Serambi depan dijadikan tempat untuk menghidang lauk pauk

Khemah makan tak cukup tempat, kaum bapa tumpang makan di serambi

Antara yang dihidangkan buat semua yang hadir

Tim cuci pinggan mangkuk

Makcik bancuh air dah lari....

Pak Ngah Bakar  sedang menjami selera bersama Joe dan Pak Lang

 Giliran tukang masak untuk makan

Jiran-jiran juga meluangkan masa untuk menikmati juadah yang disediakan
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Cuaca cerah dari awal pagi hingga ke lewat petang. Lepas Maghrib pun masih ada yang datang, bukan untuk makan tetapi untuk menziarahi kerana siangnya ada urusan lain.

Insya Allah jika ada keizinan dan kelapangan, akan diadakan lagi majlis serupa ini untuk semua warga kampung saling mengenali dan mengeratkan ikatan silaturrahim antara satu sama lain

Thursday, 29 March 2012

Resepi - Kuih Seri Muka

Bahan-bahan

Bahagian bawah:-
    1 1/2 cawan beras pulut
    150 ml santan
    Daun pandan
    Sedikit garam
    Sedikit minyak

Bahagian atasnya:-
    60 gm tepung gandum
    100 gm gula
    250 gm santan pekat
    50 gm jus pandan (sekarang ini kita kisar daun pandan tu, dulu aku tumbuk guna batu lesung dan perah untuk mendapatkan airnya)
    1/2 sudu tepung jagung
    Sebiji atau 2 biji telur (ikut suka)
    Sedikit garam
    Sedikit pewarna hijau

Cara-cara membuatnya

Untuk lapis bawah
    Beras pulut dibasuh dan rendamkan selama 2-3 jam, toskan.    
    Sapu rata minyak pada loyang.
    Masukkan pulut ke dalam loyang.
    Masukkan pula santan + garam serta daun pandan (santan hendaklah sama paras dengan pulut).
    Kukus bancuhan tadi untuk selama 20 minit atau sehingga pulut dah masak.
    Tekan padat pulut yang telah masak tadi. Lebih elok jika kita tekan ia menjadi seperti nasi himpit.


Untuk lapis atas
    Kisar semua bahan dan tapis.
    Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
    Kukuskan lebih kurang ½ jam atau sehingga masak.

Peringatan: Seri muka ini eloklah dihidangkan ketika ianya sudah sejuk.

Saturday, 24 March 2012

Garam Dan Gula

Ada yang bertanya pada aku, mengapa tiap kali aku masak mesti masukkan gula, tidakkah masakan itu akan terasa manis dan tidak enak untuk dinikmati?

Untuk pengetahuan kalian, memang tiap kali masuk dapur dan memasak, aku pastikan setiap masakan itu akan ditambah dengan sedikit gula dan garam untuk mendapatkan rasa yang kita kehendaki.

Caranya begini, apa yang aku amalkan adalah mencampurkan tiga bahagian garam dengan dua bahagian gula dan digaul sebati, secara tak langsung ianya akan menjadi seperti serbuk perasa. Contoh: 3 sudu makan garam dicampur dengan 2 sudu makan gula. Kemudian campuran ini digaul sebati. Jika dalam kuantiti yang banyak umpamanya 3 kilo garam dengan 2 kilo gula, adalah lebih baik jika campuran diayak. Hasilnya... hanya kalian yang cuba aje yang tahu...

 Selamat mencuba....

*Lain kali aku ajarkan kalian dengan cara-cara menyediakan tepung untuk menggoreng ayam, ikan, makanan laut, cendawan dan lain-lain. Tunggu........

Monday, 19 March 2012

Bihun Goreng Singapura

Sewaktu menyediakan sarapan pagi di rumah Mak Long Rokiah pada hari Jumaat lepas, aku telah diminta untuk menyediakan Bihun Goreng Singapura.

Oleh kerana aku dah selalu menyediakan masakan ini mengikut resepi asal, jadi untuk kali ini aku buat sedikit kelainan.

Kebiasaannya bihun ini hanya menggunakan bawang putih untuk menumis, tapi kali ini aku tambah sedikit bawang merah dan halia.

Bahan-bahan yang lain aku rasa sama aje seperti yang sebelum ini, cuma ada kurangkan sos tiram dan lada sulah kerana dah ada bawang merah dan halian. Udang basah, lobak merah, kobis, sedikit bebola ikan, sedikit 'fish cake', daun bawang, daun sup, bawang goreng dan garam serta gula memang tak boleh lari bila menyediakan Bihun Goreng Singapura ini.

Alhamdulillah, bihun dapat dirasai oleh mereka-mereka yang datang awal ke rumah Mak Long Rokiah untuk membantu menjayakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil yang diadakan pada sebelah tengahari.

Sunday, 12 February 2012

Gulungan Telur

Ini ada satu resepi baru yang aku belajar di Pulau Havelock. Ianya dipanggil ‘Egg Rolls’ atau Gulungan Telur.

Bahan-bahannya mudah aje iaitu tepung gandum (atau boleh guna kulit popiah aje), sedikit air, sedikit minyak, telur ayam, ayam atau daging atau kambing atau ikan, cili padi, cili besar, bawang besar, sedikit limau nipis atau lemon, lada sulah, serbuk ketumbar, daun sup, daun bawang, sos cili, sos tomato, mayonese dan apa-apa ajelah yang kalian nak campurkan.

Memula sekali panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Selapiskan bancuhan tepung gandum macam kita buat lempeng atau orang Kedah panggil tepek. Kemudian letakkan pula telur yang telah dipukul, macam buat telur dadar tu. Angkat dan susun sebab lepas ini kita akan letakkan intinya pula.

Macam yang dah aku tulis tadi, intinya boleh dibuat daripada ayam, daging, kambing atau ikan… buat macam inti karipap atau kebab. Taburkan hirisan bawang besar, cili api dan cili besar. Tambah sedikit serbuk lada sulah dan serbuk ketumbar. Tuang sos cili, sos tomato dan mayonese. Akhir sekali taburkan hirisan daun sup dan daun bawang. Kemudian Gulungan Telur  ini siap untuk disajikan.

Berpandukan kepada gambar di bawah, aku rasa kalian tak punya banyak masalah untuk menyediakannya.
 
 

Selamat Menchoba…..

Thursday, 3 March 2011

Makan Untuk Kesihatan?

Menikmati hidangan di atas sudah cukup untuk aku nikmati kala makan tengahari. Walaupun menunya 'simple', tapi dah cukup mengenyangkan dan sesuai untuk menjaga kesihatan.

Tapi jika kalian tak tahan bila makan daging kambing panggang, baik lupakan aje menu tu biarpun ada ulam-ulaman, sup asparagus istimewa dan karamel yang segar.