Jika kalian membeli Pas Harian ini, kalian bebas untuk menggunakan mana - mana perkhidmatan KTM Komuter samada bagi Sektor Seremban hingga ke Tanjung Malim mahupun Sektor Batu Caves ke Pelabuhan Klang.
Contohnya macam ni. Andai aku tinggal di Seremban, aku akan naik tren komuter di Stesen Seremban dan turun di Stesen Kuala Lumpur untuk bersarapan pagi. Kemudian selepas bersarapan, aku naik lagi tren komuter dan turun di Stesen Batu Caves untuk melawat Gua Batu Caves. Dah puas naik Gua Batu Caves, aku turun dan naik tren komuter untuk membeli belah di Subang Jaya. Lepas habis shopping di Subang Jaya, aku naik lagi tren komuter untuk pergi ke Tanjung Malim. Aku selalu pergi ke Pasar Malam Tanjung Malim yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Akhirnya aku balik ke Seremban semula. Semua itu dengan hanya perlu membeli satu tiket yang berharga RM 12.00.
Pada awal mula perkhidmatan KTM Komuter, Pas Harian ini dikenali sebagai Tiket Mana-Mana yang dijual pada harga RM5.00 untuk orang dewasa dan RM2.50 untuk kanak-kanak.
Kemudian ianya ditukar menjadi Tiket Kembara dan harganya dinaikkan menjadi RM10.00 untuk dewasa. Malangnya aku tak berapa ingat ada lagi beberapa nama tiket ini sebelum ia dikenali dengan nama sekarang.
Hari ini ianya ditukar lagi namanya menjadi Pas Harian, tetapi fungsinya masih sama iaitu memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia ataupun pelancong asing menjelajah ke mana-mana tempat yang mempunyai perkhidmatan KTM Komuter. Bagi aku, ini adalah satu lagi khidmat masyarakat daripada kerajaan untuk semua rakyat terutama yang berpendapatan rendah untuk membawa keluarga bersiar-siar sambil menaiki keretapi. Ianya menjimatkan dan kalian akan berasa selesa sepanjang hari walaupun terpaksa turun naik keretapi sepanjang satu hari.
Terima kasih KTM Komuter!!!
No comments:
Post a Comment