Friday, 17 December 2010

Stesen Keretapi Kalumpang

Stesen Keretapi Kalumpang terletak di Km 309.0 (TP 191/20 atau Batu 192) Landasan Ibu. Berkedudukan di utara stesen ini adalah Stesen Tanjung Malim dan di sebelah selatannya pula adalah Stesen Kerling.
Secara amnya stesen ini terletak di Kampung Sungai Serian, Kalumpang bukannya di tengah-tengah bandar atau pekan seperti stesen – stesen yang lain.
Dahulunya stesen ini mempunyai dua buah platform iaitu Platform 1 sepanjang 378 kaki di sebelah kanan dan Platform 2 juga sepanjang 378 kaki di sebelah kiri landasan. Panjang landasan gelungnya pula adalah 1111 kaki yang berkemampuan untuk menampung 44 unit gerabak.

Walau bagaimanapun, mulai 13 Mei 2002, landasan gelung dan sisian stesen ini dibongkar untuk kerja-kerja Projek Landasan Berkembar Rawang – Ipoh. Mulai tarikh yang sama, semua perselisihan tren tidak dibenarkan di stesen ini.


Akhirnya pada 4 September 2002, Stesen Kalumpang ini telah ditutup sepenuhnya untuk operasi tren.


Stesen Kalumpang yang baru (atau aku lebih suka namakan sebagai Kabin Kalumpang) telah dibuka untuk operasi tren pada 28 Mac 2007.

Tiada peninggalan yang dapat aku rakamkan sewaktu aku berkunjung ke sana baru – baru ini. Cuma yang tinggal hanya beberapa batang pokok pisang peninggalan gang-gang yang pernah menetap di situ.

Pada hari ini tren - tren hanya melalui Kabin Kalumpang tanpa ramai yang tahu betapa pernah suatu ketika dahulu wujudnya sebuah stesen keretapi yang penting.

No comments:

Post a Comment