Tuesday, 12 April 2011

Hari Kedua Di Puerto Princesa

Setelah menghirup kopi 'o' dan menjamah beberapa keping biskut, aku mula menyusuri lorong-lorong yang ada dekat dengan tempat penginapan. Aku cuba untuk mencari sesuatu yang boleh aku jadikan cenderahati buat keluarga di Malaysia.

Cuaca agak panas pagi itu. Walaupun waktu baru jam 9 pagi, tapi panasnya sama seperti jam 11 pagi di Malaysia. Untuk pengetahuan kalian, waktu di Filipina dan waktu di Malaysia adalah sama.

Barangan perabut sangat murah di sini
Peralatan komputer juga agak murah
Sebuah rumah moden yang menarik dan cantik
Pejabat Pos Puerto Princesa. Tempat aku kirimkan poskad buat keluarga di Malaysia
Pasar Awam Puerto Princesa
Telur ayam yang dijual di kaki lima pasar
Ini telur ayam atau telur itik?
Pelbagai jenis beras dijual juga di kaki lima pasar. Semuanya beras tempatan
Pasar basah... hati-hati kalau nak masuk
Segala macam jenis daging ada dijual di sini. Yang halal ataupun yang tidak halal, bercampur di atas satu mejaBank of Filipino
Bandaraya Puerto Princesa kekal lima tahun berturut-turut sebagai bandaraya paling bersih di Filipina.
Pengguna jalanraya sangat berdisiplin. Khabarnya denda yang berat akan dikenakan kepada setiap pesalah jalanraya.
'Tricycle' adalah kenderaan yang popular di bandaraya ini.
Salah sebuah pusat menjual kraftangan
Bandaraya ini cantik dan bersih
Salah sebuah restoran makanan laut yang dikendalikan oleh kaum Cina
Makan tengahari di Restoran Dunkin' Donuts!
Mencari cenderahati di sebuah gerai berhampiran dengan Restoran Shakey Pizza
Setelah penat seharian menjelajah Puerto Princesa, aku pulang ke bilik penginapan dengan seribu satu pengalaman baru. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; elok lagi negeri sendiri....

No comments:

Post a Comment