Wednesday, 13 April 2011

Hari Ketiga Di Puerto Princesa

Awal pagi di Puerto Princesa sewaktu hari ketiga aku di sana agak mendung. Menurut penduduk tempatan, sekarang ini musim hujan. Patut lah sejak aku menjejak kaki di sini, hujan hampir setiap hari.

Seperti hari kedua, aku suka pusing-pusing sekitar bandaraya yang bersih ini.

Sebuah bangunan bentuk baru yang berwarna warni
Singgah di sebuah kedai buku untuk mencari peta Pulau Palawan.
Jalanraya yang agak sunyi, tapi tetap ada yang menggunakannya
Salah sebuah kedai yang menjual produk pelancongan
Sebuah van pasukan pengawal keselamatan sedang bertugas
Satu-satunya kedai di Puerto Princesa yang menjual Kopi Gano original!
Puerto Princesa masih dalam pesta
eh... itu hotel tempat aku menginap
Ini pula adalah Muzium Palawan
Salah sebuah panggung terbuka, ada kemudahan pentas dan beberapa gelanggang badminton khas untuk penduduk setempat bersantai
Jalanraya agak lengang di waktu tengahari
Kenderaan diparkir di tempat yang telah disediakan
Pelbagai kedai yang memberi perkhidmatan untuk para penduduk tempatan
Di gerai menjual akhbar ini, kalian boleh dapatkan Majalah Playboy
Di tengah-tengah pusat bandar
Jollibee adalah sebuah restoran makan segera, ala-ala KFC di tempat kita
Salah sebuah hypermarket yang popular di Puerto Princesa
Senjata api dijual tanpa ada banyak sekatan
Sebuah kolej tempat anak-anak muda belajar sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
Aku ingat AVON ada kat Malaysia aje, kat sini pun ada jugak
Pasaraya terulung di Puerto Princesa dikenali sebagai NCCC Mall Palawan. NCCC itu bermaksud New City Commercial Center
Nanti aku sambung hari keempat lak.

No comments:

Post a Comment