Tuesday, 12 April 2011

Hari Pertama Di Puerto Princesa

Salam Sejahtera.

Sepertimana yang dijanjikan sebelum ini, mulai hari ini aku cuba untuk berkongsi pengalaman pahit manis aku semasa di Bandaraya Puerto Princesa, Pulau Palawan, Filipina.

Ketibaan aku di Pulau Palawan disambut dengan hujan lebat. Risau juga aku sepanjang penerbangan dari Manila menuju ke Puerto Princesa. Alhamdulillah, kapal terbang yang aku naiki mendarat dengan selamatnya di Lapangan Terbang Puerto Princesa.

Sepanjang perjalanan ke pusat bandar, kelihatan banyak kedai-kedai pattern lama di kiri kanan jalanraya yang dipanggil 'highway'. Tidak banyak bangunan baru yang kelihatan. Dah lama tak tengok 'Jeepney', tapi tak nampak satu pun. Jalanraya dipenuhi dengan motosikal beroda tiga yang dipanggil 'tricycle'.
Perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar cuma mengambil masa lebih kurang 10 mint aje.
Tempat pertama yang aku tuju sudah semestinya Pusat Penerangan Pelancongan untuk mendapatkan sedikit gambaran awal tentang bandaraya ini.
Aku tertarik dengan pemandangan di salah sebuah persimpangan yang aku lalui.
Di bawah ini pula adalah sebuah pusat pentadbiran yang mentadbir keseluruhan Bandaraya Puerto Princesa.
Kelihatan juga beberapa buah kereta model baru di sekitar pusat pentadbiran ini.
Selepas balik dari mengunjungi pusat penerangan pelanconga, aku menuju ke pusat menukar wang. 100 Peso Filipina bersamaan dengan RM 7.30. Aku jadi kaya sekejap bila menukar RM 2000 dapat ribu-ribu Peso. Banyak 'money changer' terdapat di sini tetapi tidak banyak yang menerima Ringgit Malaysia sebagai tukaran. Mereka mengutamakan Dolar Amerika ataupun matawang Uero.
Satu lagi pusat pentadbiran yang ada di Puerto Princesa.
Sewaktu aku berjalan-jalan, kelihatan semua bendera negara Filipina dikibarkan separuh tiang. Aku dimaklumkan negara itu berada dalam tempoh berkabung atas kematina salah seorang menteri kabinetnya.
Aku dah lapar. Nak cari benda untuk dimakan, tapi tak jumpa walau satupun kedai makanan Islam. Aku cuma sempat minum air kelapa dan makan biskut yang dibawa dari KL.
Di sebelah malam, aku terjumpa Restoran Shakey's Pizza. Tapi kerana penat, aku jadi tak lalu nak makan.
Akhirnya aku balik ke hotel penginapan dan tidur sepanjang malam.......

No comments:

Post a Comment